Strategi serampang tiga mata yang diadaptasikan oleh SPRM adalah berdasarkan kepada Seksyen 7, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) seperti berikut:
Penguatkuasaan
- Mengesan kesalahan rasuah; dan
- Menyiasat kesalahan rasuah
Pencegahan
- Mengesan risiko rasuah dalam amalan, sistem dan prosedur; dan
- Memberi khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang rasuah
Pendidikan Masyarakat
- Mendidik orang ramai agar menentang rasuah
- Mendapat dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah