Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022) Ceraian UP.7.2.5 Tatacara Pemberian dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam, hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada diterima pegawai itu. (Perenggan 4(a) - MyPPSM UP.7.2.5)
Penerimaan atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. (Perenggan 12 - MyPPSM UP.7.2.5) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam.
Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (Perenggan 5 - MyPPSM UP.7.2.5)
Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran UP.7.2.5(A). Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. (Perenggan 7 - MyPPSM UP.7.2.5) Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. (Perenggan 8 - MyPPSM UP.7.2.5)
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Perenggan 6 - MyPPSM UP.7.2.5)
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam Versi 1.0 (2022) Ceraian UP.7.2.5 Tatacara Pemberian dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam, pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.(Perenggan 9 - MyPPSM UP.7.2.5)
Jika nilainya kurang RM 100.00 perlu lapor tanpa kebenaran melalui Borang Lampiran UP.7.2.5(B). (Perenggan 10,11 - MyPPSM UP.7.2.5)
Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain dan penerimaan hadiah itu mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal. Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Lampiran UP.7.2.5(D). Ketua Jabatan mempunyai syarat-syarat tertentu untuk memberikan kebenaran seperti Lampiran UP.7.2.5(A). Memandangkan Jabatan Kerajaan berkenaan telah menerimanya dan merasa ragu-ragu untuk diterima, maka penerimanya wajar melaporkan kepada Ketua Jabatanya secara bertulis untuk kelulusan. Sekiranya Ketua Jabatanya juga dalam makluman, maka ia perlu merujuk kepada pengurusan tertingginya untuk kebenaran. (Perenggan 6 - MyPPSM UP.7.2.5)
Sekiranya tidak mempunyai urusan rasmi pegawai berkenaan boleh hadir. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai atau jabatan mempunyai urusan rasmi jabatan wajar dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk kebenaran agar tidak menimbulkan tohamahan. Dalam kes ini, ianya berbentuk keraian dan bukan hadiah. (Perenggan 14 - MyPPSM UP.7.2.5)
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. (Perenggan 21 - MyPPSM UP.7.2.5)
Boleh diberikan tetapi tidak digalakkan. Sekiranya hendak memberi disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan. (Perenggan 20 - MyPPSM UP.7.2.5)
Tindakan pegawai kerajaan berkenaan adalah bertepatan dengan Peruntukan MyPPSM UP.7.2.5. Dari segi tindakan Ketua Jabatan beliau perlulah memikirnya dari segi kepentingan jabatan keseluruhannya. Memandangkan nilainya tidak sepadan dan berkaitan dengan tugas rasmi, maka Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada pemberi.
Pihak Badan Berkanun juga tertakluk kepada MyPPSM UP.7.2.5. Ianya tidak boleh diterima kerana berkaitan tugas rasmi dan dalam keadaan sukar ditolak perlu melaporkan kepada Ketua Jabatannya.
Tidak boleh kerana menjurus kepada kesalahan jenayah rasuah di mana sebagai balasan bagi sesuatu kerja yang telah diberikan. (Perenggan 12 - MyPPSM UP.7.2.5)
Boleh. Hendak disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennant, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan. (Perenggan 20 - MyPPSM UP.7.2.5)