Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM menyediakan modul dan bengkel serta pegawai yang berkemahiran dibidang CRM yang bersedia membimbing mana-mana organisasi menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah dengan memberi keutamaan kepada organisasi korporat yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan sektor Kerajaan yang berisiko tinggi.
CRM adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi untuk mengenalpasti risiko-risiko rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan serta menyediakan pelan pengurusan risiko yang sistematik sehingga mewujudkan tadbir urus terbaik yang boleh menutup ruang peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
Bil | Nama | No Telefon | Emel (@sprm.gov.my) |
1. | PKPj Hamidah binti Aziz | 03-8891 1341 | hamidah |
2. | PsK Shani bin Mandu | 03-6209 2889 | caccc |
Untuk lihat senarai aktiviti, sila klik disini
Risalah berkaitan Pengurusan Risiko Rasuah, sila klik disini