Hak Orang Kena Tangkap

  1. Pegawai SPRM akan memaklumkan kepada suspek alasan penangkapan dan seterusnya mengambil tindakan berikut:
    1. memaklumkan keluarga atau kawan suspek akan penangkapan tersebut; dan
    2. memaklumkan suspek akan haknya sama ada memerlukan khidmat
      1. peguam sendiri - suspek akan diberi peluang untuk menghubungi peguam tersebut melalui telefon pejabat SPRM di mana suspek ditahan; atau
      2. peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) - pegawai SPRM akan menghubungi YBGK dan membenarkan suspek memaklumkan YBGK mengenai kehendak suspek menggunakan khidmat YBGK.
  2. Hak suspek di bawah perenggan (1) tidak terpakai sekiranya subseksyen 28A(8) Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] diguna pakai.

    Subseksyen 28A

    (8) Keperluan-keperluan di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6), dan (7) hendaklah tidak terpakai apabila pegawai polis itu dengan semunasabahnya percaya bahawa:

    1. Pematuhan mana-mana keperluan mungkin akan mengakibatkan:
      1. rakan jenayah orang yang ditangkap mengambil langkah untuk menghindari dari diberkas; atau
      2. penyembunyian, pemalsuan atau kemusnahan keterangan atau menakuti saksi; atau
    2. Setelah mengambil kira keselamatan orang lain penyoalan atau rakaman mana-mana pernyataan adalah begitu penting menyebabkannya tidak boleh ditangguh.
  3. Pegawai SPRM membenarkan peguam sendiri/peguam YBGK bertemu dengan suspek sebelum jam 6.00 petang pada hari bekerja di tempat yang munasabah agar perbincangan di antara mereka tidak boleh didengar tetapi berada dalam penglihatan SPRM.
  4. Kesemua perkara yang dinyatakan di atas termasuklah perbincangan dengan peguam haruslah mematuhi Peraturan-Peraturan Lokap 1953.
Hit : 28914