Bahagian Analisa Kewangan (BAK) bertanggungjawab menjalankan fungsi sokongan siasatan yang berbentuk khidmat analisa kewangan untuk membantu penyiasatan kes-kes kompleks di bawah ASPRM 2009, AMLATFPUAA 2001, Kanun Keseksaan dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
BAK terdiri daripada pegawai penyiasat kanan yang berpengalaman di dalam penyiasatan kewangan, pernah mendapat latihan dan pendedahan professional di sektor swasta sebagai jurubank, juruaudit, akauntan selain merupakan ahli penuh dalam badan-badan profesional seperti berikut:-
Serta memegang pentauliahan kepakaran daripada universiti / institusi tempatan / badan antarabangsa berikut:-
Analisa kewangan yang dijalankan meliputi aspek pengkhususan berikut:-
Laporan analisa disediakan oleh BAK yang mendedahkan hasil analisa kewangan sama ada sebagai panduan kepada penemuan keterangan / saksi penting, pemahaman modus operandi dan keterangan pakar dalam prosiding mahkamah.
Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian :
Bil. | Nama | No. Telefon | Emel (@sprm.gov.my) |
1. | Pegawai Perhubungan | 03-8870 0111 | ppy1 |