Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan bertanggungjawab sebagai sumber rujukan kepada Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar SPRM. Peranan ini dilaksanakan melalui penyelidikan, pembuatan dasar, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan dasar melalui pelan strategik SPRM serta hala tuju SPRM dengan profesional, cekap dan berkesan.

Visi 

Menjadi sumber utama membantu perancangan dasar oleh Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM.

Misi 

Mengintegrasikan semua sumber bagi memastikan objektif, fungsi dan tanggungjawab SPRM dilaksanakan melalui usaha-usaha penambahbaikan yang terancang dan berterusan.

Objektif 
  • Menyelidik dan membantu Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi ke arah merancang dan menyelaras dasar SPRM bagi membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa melalui pelaksanaan pelan strategik dan hala tuju SPRM yang professional, cekap dan berkesan.
Fungsi Cawangan 
Bil. Cawangan Fungsi
1 Cawangan Perancangan Strategik
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan Kertas Dasar berhubung pencegahan rasuah:
    • Mengenal pasti keperluan untuk menggubal dasar baharu SPRM serta keperluan untuk meminda/ membatalkan dasar SPRM yang sedia ada;
    • Menyelaras tindakan bagi menggubal dasar baharu SPRM atau meminda/membatalkan dasar SPRM yang sedia ada;
    • Menghasilkan Kertas Dasar yang menepati visi, misi dan objektif SPRM; dan
    • Menyelaras data dan kertas kajian komprehensif bagi memastikan justifikasi dan rujukan lengkap untuk keperluan penggubalan dasar/Rang Undang-Undang (RUU), persetujuan Jemaah Menteri dan pembentangan di Parlimen.
  • Merancang menyelaras membentuk Kertas Jemaah Menteri (KJM)
    • Mengenal pasti dasar-dasar SPRM yang memerlukan persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri;
    • Menjalankan analisis data dan merangka dasar/ syor untuk diangkat melalui KJM;
    • Menggubal KJM dengan mematuhi Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 Panduan Penyediaan KJM dan Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri;
    • Melaksanakan proses bagi mendapatkan persetujuan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
    • Mengemukakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri kepada Agensi yang memohon.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan inisiatif-inisiatif SPRM di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diterajui oleh BDPP seperti mengangkat Kertas Cadangan beserta matrik justifikasi kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk diperhalusi sebagai prasemakan perundangan sebelum diangkat kepada Jabatan Peguam Negara untuk ulasan dan kajian lanjut.
  • Menyelaras dan menyediakan input pembentangan dalam mesyuarat JKKMAR;
    • Menyelaras penggubalan dasar/ RUU;
    • Menghasilkan Kertas Jemaah Menteri; dan
    • Menyelaras pembentangan RUU di Parlimen.
  • Menyelaras atau menyediakan input/maklum balas SPRM kepada kementerian/ jabatan/agensi luar.
2 Cawangan Pengurusan Dasar
  • Menyelaras Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya dan Arahan-Arahan SPRM, Surat Arahan Timbalan-Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Surat Arahan Pengarah-Pengarah Bahagian;
  • Merancang dan menyelaras pembangunan Pelan Strategik SPRM serta memantau kemajuan pelaksanaan secara berkala melalui Mesyuarat Pemantaun Pencapaian Pelan Strategik SPRM (MPPPS) 2021-2025 termasuk memantau kemajuan pelaksanaan secara berkala;
  • Merancang dan menyelaras pembangunan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan SPRM termasuk memantau kemajuan pelaksanaan secara berkala; dan
  • Menyelaras permohonan Kajian Pencegahan Rasuah oleh pelajar atau penyelidik luar untuk kertas ilmiah/ latihan akademi, geran jabatan, kajian yang berorintasikan tindakan (Action Research ) dan lain-lain data mentah bagi tujuan penerbitan.
3 Cawangan Hal Ehwal Parlimen dan Kabinet
  • Merancang, menyelaras dan mengendalikan urusan penyediaan input hal ehwal pencegahan rasuah dan maklum balas di Parlimen bagi Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri;
  • Menjadi focal person Jabatan/Agensi di bawah Portfolio Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang);
  • Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat JKMR;
  • Membantu JKMR dalam penyediaan Laporan JKMR dan mengemukakan Laporan JKMR kepada YAB Perdana Menteri serta membentangkan Laporan JKMR di Dewan Rakyat dan Dewan Negara;
  • Menyelaras pembentukan dan pembaharuan Nota Kerjasama/ Kerjasama Persefahaman/ Kerjasama Perjanjian antara SPRM dengan agensi-agensi luar dalam Negara;
  • Menyelaras pembentukan dan pembaharuan Kerjasama Persefahaman antara SPRM dengan agensi-agensi luar dalam negara; dan
  • Memantau pelaksanaan aktiviti Kerjasama Persefahaman oleh Bahagian/ SPRM Negeri dan Menyediakan Laporan Tahunan Kerjasama Persefahaman.
4 Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa
  • Mengenal pasti piawaian antarabangsa dan amalan-amalan terbaik pencegahan rasuah yang perlu diterjemah oleh SPRM ke dalam bentuk dasar-dasar yang konstruktif di peringkat organisasi dan nasional;
  • Merancang, merangka dan menguruskan lawatan kerja Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai SPRM di konvensyen, persidangan, mesyuarat atau bengkel di luar negara;
  • Merancang, menyelaras dan membentuk kerjasama strategik antara SPRM dan agensi luar negara melalui perjanjian / memorandum persefahaman, termasuk menyelaras mesyuarat dua hala ( bilateral) / kumpulan kerja (working group) yang berkaitan dengannya;
  • Menyelaras dan menguruskan kunjungan delegasi luar negara ke SPRM bagi tujuan perkongsian amalan-amalan terbaik pencegahan rasuah serta perbincangan hal-ehwal strategik dengan Ketua Pesuruhjaya;
  • Bertindak sebagai Sekretariat Induk SPRM kepada penganjuran konvensyen/persidangan/mesyuarat/bengkel antarabangsa berhubung pencegahan rasuah dan perkongsian amalan-amalan terbaik yang berkaitan; dan
  • Menyediakan input/maklum balas kepada agensi-agensi domestik dan antarabangsa berhubung pematuhan kepada piawaian pencegahan rasuah dan penggubahan wang haram seperti United Nations Convention Against Corruptions  (UNCAC) dan Asia Pacific Group (APG) on Money Laundering serta kaji selidik isu-isu pencegahan rasuah oleh United Nations Office On Drugs And Crime (UNODC),   International Monetary Fund (IMF) dan seumpamanya.
5 Cawangan Keurusetiaan Dasar
  • Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat dan program melibatkan Pengurusan Tertinggi SPRM;
  • Menyelaras, memantau dan mengurus setia mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM yang diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;
  • Bertindak sebagai Sekretariat Induk SPRM bagi penganjuran Konvensyen SPRM dan Sambutan Ulang Tahun SPRM serta ahli jawatankuasa sokongan kepada penganjuran lain-lain majlis rasmi SPRM; dan
  • Menyediakan dan menyelaras input/ maklum balas mesyuarat-mesyuarat Pengurusan Tertinggi SPRM, Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM dan Mesyuarat Bulanan BDPP.
6 Cawangan Pentadbiran
  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran Bahagian;
  • Menguruskan permohonan penstrukturan dan pengukuhan perjawatan Bahagian;
  • Pengurusan cuti dan kad perakam waktu Bahagian;
  • Pengurusan aset/ stor dan kenderaan Bahagian;
  • Pengurusan latihan/kursus Bahagian;
  • Pengurusan HRMIS Bahagian (Maklumat Peribadi HRMIS, SKT, Perisytiharan Harta);
  • Pengurusan Sistem e-diary Bahagian;
  • Pengurusan Fail dan Rekod Bahagian;
  • Menguruskan permohonan bajet tahunan/OBB Bahagian;
  • Menguruskan pengurusan kewangan dan perolehan Bahagian;
  • Menyelaras unjuran dan perbelanjaan Bahagian;
  • Menyediakan maklum balas Mesyuarat Jawatanuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun dan Mesyuarat JK Pengurusan Aset Alih Kerajaan; dan
  • Pengurusan KPI Bahagian.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian atau Pengarah Bahagian:

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03-8870 0012 ppj1


Hit : 15814