Bahagian Siasatan

Bahagian Siasatan memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan fungsi teras SPRM iaitu penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada subseksyen 7(a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. Siasatan kes adalah dijalankan secara berkumpulan menggunakan kaedah Pengurusan Siasatan Berpasukan (MTI) bagi mempercepatkan proses siasatan dan menghasilkan Kertas Siasatan yang lebih telus dan berkualiti.

Bahagian Siasatan dibahagikan kepada 2 sektor Utama iaitu Sektor Awam dan Sektor Swasta di mana Sektor Awam yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan Agensi Penguatkuasaan, Kementerian/Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun manakala Sektor Swasta mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Bank, Syarikat Insuran, Koperasi, Sekuriti, Bursa Malaysia, Institusi Kewangan serta kes-kes berkaitan pembangunan swasta.

Untuk melihat carta bahagian, sila klik disini

Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Bahagian:

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. Pegawai Perhubungan 03- 8870 0577 ppb1
Hit : 30890