Kod Etika SPRM

Kod Etika dan Tatakelakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu panduan yang menggabungkan nilai akhlak, perbuatan dan tindakan seragam yang perlu dipatuhi dan dibudayakan oleh warga SPRM dengan objektif untuk :-

  • Memantapkan integriti warga SPRM dalam menunaikan fungsi dan tanggungjawabnya; dan
  • Menjelaskan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh warga SPRM bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkuat kuasa.

INTEGRITI adalah elemen yang menjadi sebagai asas pembentukan Kod Etika dan Kod Tatakelakuan SPRM. Nilai-nilai teras integriti yang menjadi pegangan SPRM adalah Amanah, Tegas, Adil, Kebebasan, Ketelusan dan Profesionalisme. Selain itu, nilai positif lain seperti Tegas, Disiplin, Kerjasama, Taat Setia, Komitmen dan Profesionalisme juga ditetapkan sebagai “Nilai SPRM” yang perlu dipegang secara konsisten oleh semua warga dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Hit : 26904