Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu :
- Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
- Mengesan dan menyiasat :-
- Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;
- Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009; dan
- Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta 2009;
- Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah;
- Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;
- Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;
- Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan
- Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah