Biografi Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

BIOGRAFI KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Dilahirkan pada 21 Januari 1967 di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 1992 ketika Suruhanjaya ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).

Beliau memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum menyambung pengajian peringkat Sarjana (Master) Komunikasi Korporat di Oklahoma University, Amerika Syarikat.

Dengan pengalaman 29 tahun di SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi terlibat dalam pelbagai peranan di Suruhanjaya terutama dalam bidang Komunikasi Korporat, Keselamatan, Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Perisikan dan Siasatan.

Beliau pernah berkhidmat di Cawangan, Bahagian dan Negeri termasuk di Kedah, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat SPRM. Antara jawatan-jawatan penting yang pernah disandang beliau adalah sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan dan kini sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Anugerah / Pingat

  • Pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (2007)
  • Pingat Ahli Mahkota Selangor (AMS) (2008)
  • Pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) (2009)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2009)
  • Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (DSAP) (2013)
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) (2015)


Hit : 29128