Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR)

JAR adalah antara salah satu dari dua jawatankuasa penggerak bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang ditubuhkan di bawah Arahan YAB No. 1 Tahun 2018 - Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti Dan Anti-Rasuah Kebangsaan. Arahan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengurusan kerajaan berteraskan prinsip governans, integriti dan antirasuah.

Objektif JAR dalam sistem pengurusan kerajaan adalah untuk:

          i. Meningkatkan komitment kerajaan merangkumi semua sektor dalam pembanterasan rasuah sekaligus meningkatkan imej negara;

          ii. Menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran kerajaan dapat digerakkan dalam persekitaran sifar tolenransi terhadap rasuah; dan

          iii. Memperkukuhkan kualiti sistem penyampaian perkhidamtan kerajaan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti serta berdaya saing.

Sehubungan itu, arahan ini menetapkan semua Kementerian dan SUK Negeri perlu menubuhkan JAR masing-masing seperti yang ditetapkan dalam buku arahan tersebut. Pelaksanaan arahan dibuat melalui mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat JAR dengan keahliannya berdasarkan ketetapan dalam arahan berkenaan.

SPRM melalui Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam merupakan urusetia JAR di peringkat kebangsaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelaksanaan arahan ini. Mesyuarat JAR Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiusaha Negara (KSN) dan ahli-ahlinya terdiri dari semua Ketua Setiausaha Kementerian, semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan ahli-ahli lain yang difikirkan perlu.

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan isu-isu JAR yang dilaporkan oleh Kementerian/SUK bersifat generik bagi mendapatkan penyelesaian dan diambil tindakan yang sewajarnya.Sekirannya memerlukan tindakan yang melibatkan perubahan dasar, isu tersebut akan dibawa ke Mesyaurat JKKMAR untuk dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan dasar dibuat. Mesyuarat JAR perlu diadakan tiga kali setahun.

Sementara itu, Kementerian/SUK Negeri perlu mengadakan mesyuarat JAR masing-masing seperti yang ditetapkan dalam buku arahan dan menghantar pelaporan kepada JAR peringkat Kebangsaan.

Carta Alir Pelaporan JAR adalah seperti berikut:


Hit : 18738