SPRM BENTANG PENAMBAHBAIKAN TATA KELOLA DI JPN [ 04 Apr 2024 ]

PUTRAJAYA, 26 Mac 2024 – Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT), SPRM hari ini telah membentangkan beberapa penambahbaikan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha melaksanakan prinsip-prinsip tata kelola yang baik di agensi  berkenaan. 

Enam penambahbaikan telah dibentangkan antaranya mencadangkan mempererat hubungan strategik di antara JPN, Majlis Perubatan Malaysia / Malaysian Medical Council (MMC) dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mewujudkan saluran perkongsian maklumat atas talian yang diintegrasikan secara kolektif bersama pemilik sistem oleh ketiga-tiga agensi terbabit. 

Sesi pembentangan telah diketuai oleh Timbalan Pengarah III BPT, KPKPj Awang Samsul Baharam Bungso kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Sarinah Apisah.

Turut hadir Timbalan Pengarah JPN WPKL, Jasmila Mohd Jaafar- Haslinda binti Mohd Fauzi dan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Haslinda Mohd Fauzi.


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |