SESI KHIDMAT NASIHAT KEPADA JABATAN TANAH DAN UKUR NEGERI SABAH [ 07 Mar 2024 ]

SPRM telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU) dan telah dipersetujui untuk melaksanakan lima syor penambahbaikan berhubung pengurusan permohonan, pengorekan dan pengambilan pasir/batu serta bayaran Fees bagi tanah Temporary Occupation License (TOL).
Antara syor yang dipersetujui ialah mewujudkan satu sistem integrasi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam merekodkan kuantiti pasir/batu yang dikeluarkan, pemantauan terhadap pematuhan undang-undang/peraturan oleh kontraktor/subkontraktor, serta perakuan di dalam laporan pengeluaran suku tahunan ke atas pasir/batu yang disahkan oleh akauntan bertauliah kepada pengarah JTU.
Hadir sama Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, Datuk TPj Izani Wan Ishak dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Awang Fauzi Awang Tahir.

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |