Bank Rakyat & Yayasan Bank Rakyat (YBR) Mantapkan Aktiviti Pengurusan Pelaburan YBR Bersama BPMP SPRM [ 10 Oct 2023 ]

Bank Rakyat telah bersetuju untukmelaksanakan satu syor penambahbaikan manakala Yayasan Bank Rakyat (YBR) pulatelah menyambut baik lima cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh BahagianPemeriksaan dan Perundingan (BPMP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung aktiviti pengurusan pelaburandi Yayasan bank Rakyat.

Yayasan Bank rakyat secara rasminya telah didaftarkanpada 16 Mei 2007 di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] untuk membanturakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan sertapembangunan modal insan.

 Salah satu cadangan penambahbaikan yangdipersetujui adalah mewujudkan Polisi Pelaburan Yayasan Bank Rakyat, mewujudkanPolisi Anti Rasuah Yayasan Bank Rakyat serta menambah baik Standard OperasiProsedur (SOP) YBR.

 Selain itu, Yayasan Bank Rakyat juga bersetuju untukmelaksanakan tindakan due diligence bagi mendapatkan pandangan secara bertulisdaripada Jabatan Risiko, Jabatan Syariah dan Jabatan Compliance (Pematuhan)untuk setiap aktiviti pelaburan yang diangkat melalui kertas cadangan sertamelantik pegawai dalaman dengan skop tugasan memantau segala aktiviti danoperasi Yayasan Bank Rakyat agar selari dengan objektif penubuhan serta fungsi Integriti danGovernans.

 

Bank Rakyat turut bersetuju supaya suatusyor diangkat kepada Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk mendapatkan kuasa penuhdan mutlak ke atas operasi Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi tujuan kawalan danpemantauan dengan mengambil kira elemen ketelusan, tata kelola dan check &balance dalam setiap proses membuat keputusan.

 


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |