Kenyataan Media

SPRM Buka Cawangan Baharu Di Gua Musang, Kelantan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka pejabat cawangan baharu di Gua Musang dalam usaha memperluas perkhidmatannya sekali gus mempermudahkan masyarakat setempat berurusan dengan Suruhanjaya ini.

Perasmian pejabat cawangan baharu yang mula beroperasi sejak 2 Januari lalu itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki, hari ini.

Pejabat cawangan Gua Musang itu terletak di Aras 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.

Pejabat berkeluasan 69 meter persegi itu dilengkapi dengan bilik ketua cawangan dan bilik merakam kenyataan selain ruang kerja bagi menempatkan seramai lima warga SPRM.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 09-9127623.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
25 APRIL 2024


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |