Kenyataan Media

Skor CPI 2023 Meningkat: SPRM Komited Teruskan Usaha Mencegah Rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia), hari ini.

Malaysia telah berjaya memperbaiki kedudukannya iaitu kenaikan sebanyak empat tangga, 61 ke 57 daripada 180 negara yang dinilai, serta memperbaiki skornya daripada 47 ke 50, iaitu peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

Menurut TI-Malaysia, antara sebab-sebab yang menyumbang kepada peningkatan skor adalah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu.

SPRM komited dan bertekad untuk meneruskan usaha pencegahan dan operasi bagi menghapuskan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di negara ini.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing, di samping mempunyai iltizam politik untuk menambahbaik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola baik demi mencapai hasrat kerajaan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
PUTRAJAYA

30 JANUARI 2024


Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |