Kenyataan Media

SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Libatkan Projek Syarikat Minyak Dan Gas Nasional, Antarabangsa

BERHUBUNG dakwaan terdapat perbuatan rasuah melibatkan projek PETRONAS dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa telah membuka fail siasatan terhadap isu berkenaan.

Dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak tersebut, pihak PETRONAS telah memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM.

Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut. Sehubungan itu, Suruhanjaya ini telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan.

SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu ini bolehlah tampil menyalurkan kepada Suruhanjaya ini untuk siasatan selanjutnya di bawah Akta SPRM 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
26 MEI 2023


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |