Kenyataan Media

SPRM Bantu Pemulihan Aset 1MDB Berjumlah RM20.5 Bilion Kepada Kerajaan Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab 

Bersatu (UAE), Taiwan serta Singapura.

Terbaharu, pada 12 November 2021, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff
Kamil kepada Kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$ 864,813.27.

Sebelum ini, Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh.

Sehingga kini, SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa telah berjaya memulangkan sejumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia.

Pada ketika ini juga, SPRM sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong yang melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

19 NOVEMBER 2021


Muat Turun

Hubungi Kami

Ibu Pejabat SPRM
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.

+603-8870 0000
+603-8870 0901

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penafian |  Dasar Keselamatan |  Notis Hakcipta |  Dasar Privasi |