Berita Menarik

Program Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan Dana Awam Bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 5 Mei - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBS) dengan kerjasama SPRM Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan Dana Awam bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Kelantan.

 


Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga JBS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perolehan bagi mengelakkan ketirisan dana kerajaan yang diperuntukkan untuk kepentingan awam.

 


Program ini turut dihadiri oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dibawah JBS yang terlibat dalam pelaksanaan agihan peruntukkan kerajaan melalui projek-projek atau program-program bersasar dibawah JBS Negeri Kelantan.

 


Ceramah bertajuk ‘Hidup Bermaruah Tanpa Rasuah’ telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Kelantan kepada 20 orang pegawai dan kakitangan JBS Negeri Kelantan, manakala seramai 80 orang daripada NGO. Program diteruskan dengan forum bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kelantan, PPj Azizi bin Abdul Latif berkaitan isu rasuah.

 


Turut hadir ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah dan Pengerusi, Wakil-wakil NGO Belia dan Sukan Negeri Kelantan.



Hit : 254