Berita Menarik

Seminar Wanita Dijulang, Negara Terbilang Bina Pemikiran Dan Sikap Berkualiti Tinggi

Putrajaya, 3 Mei  - Seminar Wanita Dijulang, Negara Terbilang disifatkan kesempatan terbaik untuk warga kerja wanita di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membina pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi daripada segi ilmu, tindakan, disiplin dan wawasan.

 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi berkata, adalah penting untuk warga kerja wanita SPRM bijak mengimbangi kehidupan sebagai pekerja, isteri, ibu, anak dan sebagainya dengan amanah serta ikhlas.

 

“Wanita yang berjiwa kental dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan mampu memberi sumbangan besar kepada organisasi,” katanya dalam ucapan merasmikan seminar itu yang diadakan di Auditorium SPRM di sini, hari ini.

 

Menurutnya, kekuatan warga wanita di SPRM adalah seramai 1,019 orang iaitu mewakili sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan warga kerja SPRM.


Pada seminar tersebut, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood masing-masing telah menyampaikan ceramah bertajuk “Wanita Minda High Class” dan “Mencari Syurga: Antara Keluarga dan Kerjaya”.


Lebih 700 peserta telah hadir secara bersemuka dan dalam talian pada seminar ini yang dianjurkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Gender Focal Team (GFT).


Hit : 219