PENGENALAN

Unit Integriti di agensi awam ditubuhkan berikutan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Unit Integriti adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti di bawah satu unit khusus supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang.

FUNGSI

Fungsi Unit Integriti adalah untuk menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dengan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut:

 
a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 
 
b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; 
 
c) Pengesanan dan Pengesahan
  1. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  2. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  
d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; 
 
e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan 
 
f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
44
Semalam
48
Minggu Ini
237
Bulan Ini
740

Keseluruhan
3428905