pengenalanSelaras dengan penubuhan SPRM, lima mekanisme tanggungjawab telah diwujudkan yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.

 

Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JA) dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran.

 

Kelima-lima badan khas ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Mekanisme ini akan dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang telah ditetapkan. Persepsi yang positif terhadap kewibawaan SPRM dan Kerajaan akan memudahkan usaha meraih sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

 

Ahli-ahli badan bebas ini mewakili orang awam yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik (kerajaan dan pembangkang), golongan profesional dari kalangan ahli perniagaan dan sektor korporat, ahli akademik, peguam dan individu-individu yang disegani.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
27
Minggu Ini
307
Bulan Ini
1043

Keseluruhan
3426199