Pegawai Unit Integriti/CeIO

SPRM akan menempatkan pegawainya di agensi berisiko tinggi dan sederhana apabila terdapat permohonan dari agensi dan Unit Integrit agensi berkenaan mempunyai waran perjawatan yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pegawai SPRM gred P54 akan mengetuai Unit Integriti agensi yang berisiko tinggi sementara pegawai SPRM gred P44 akan menjalankan fungsi pengesanan dan pengesahan di Unit Integriti agensi yang berisiko tinggi atau Unit Integriti agensi yang berisiko sederhana. Bagi agensi yang berisiko sederhana dan rendah, Ketua Unit Integriti adalah pegawai agensi itu sendiri.

Pegawai-pegawai yang ditempatkan di Unit Integriti perlu mempunyai Sijil Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officer (CeIO). Sebelum ditauliahkan dengan sijil tersebut, pegawai-pegawai perlu menghadiri kursus CeIO yang dianjurkan oleh pihak Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Pemilihan pegawai SPRM untuk ditempatkan di Unit Integriti adalah berdasarkan pengalaman mereka di SPRM dan diputuskan oleh Pengurusan Tertinggi SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
27
Minggu Ini
307
Bulan Ini
1043

Keseluruhan
3426199