1. Program ACCP membantu organisasi mencegah, mengesan dan menangani rasuah ke arah budaya dan etika perniagaan yang lebih baik. Program menjadi panduan kepada organisasi bagi mematuhi amalan terbaik dan mekanisme pengurusan pencegahan rasuah yang lebih sistematik serta membuktikan komitmen mereka terhadap pelaksanaan sistem pengurusan pencegahan rasuah.

  2. Faedah kepada syarikat adalah termasuk:
    1. Membantu memerangi rasuah;
    2. Menggalakkan budaya perniagaan beretika;
    3. Meningkatkan prestasi proses yang terjejas akibat rasuah;
    4. Membuktikan komitmen pengurusan tertinggi dan pekerja terhadap amalan terbaik anti-rasuah;
    5. Memantau dan menguruskan risiko rasuah secara berterusan;
    6. Menunjukkan bahawa organisasi melaksanakan, mengekalkan dan meningkatkan program pematuhan anti-rasuah secara berterusan;
    7. Peluang untuk meningkatkan kecekapan merentasi amalan kerja;
    8. Melindungi syarikat, aset, pemegang saham dan pengarah dari kesan rasuah;
    9. Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa dan kelebihan daya saing; dan
    10. Meningkatkan kepercayaan serta keyakinan rakan perniagaan serta pelanggan.

  3. Faedah kepada pihak berkepentingan (stakeholders) adalah seperti berikut:

    1. Mewujudkan kepercayaan dan kredibiliti kepada pelanggan;
    2. Meningkatkan kredibiliti dan imej organisasi;
    3. Buktikan komitmen terhadap amalan terbaik anti-rasuah;
    4. Faedah yang kompetitif dalam perolehan awam; dan
    5. Mengurangkan ketirisan dalam pengurusan kewangan organisasi

  4. Syarikat yang telah mendapat pensijilan ACCP hendaklah memahami bahawa:-

    1. Penggunaan standard ini bukan merupakan jaminan bahawa tiada rasuah akan berlaku dalam organisasi dan rakan perniagaan; dan
    2. Standard ini juga bukan merupakan jaminan perlindungan kepada organisasi daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Program ACCP adalah satu program pencegahan rasuah yang dirumus untuk jangka panjang yang dijangka akan digunapakai oleh semua syarikat swasta yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Kewangan dan CIDB. Usaha memperkenalkan perlaksanaan ACCP ini adalah bagi membudayakan amalan pencegahan rasuah dalam industri korporat dan menjadikan budaya perniagaan yang bersih dan mempunyai elemen pengesanan dan pencegahan aktiviti rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
27
Minggu Ini
306
Bulan Ini
1042

Keseluruhan
3426198