SPRM Kesan Tiga Individu Bantu Siasatan

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan.

Dalam kes pertama, SPRM sedang mengesan Nasruddin Ismail, 51, pemegang kad pengenalan bernombor 660830-01-5521 yang beralamat di No. 1502, Jalan Tbk 7/9, Kepayang Heights, 70200, Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nasruddin boleh menghubungi pegawai SPRM, Mohd Nadzri Yahya di talian 012-5849633.

Manakala, individu kedua yang dikesan ialah Mohd Yazid Jaafar, 57, yang memegang kad pengenalan 600711-01-5583 serta mempunyai alamat terakhir di No. 32A, Jalan Putra Mahkota 7/4B, Putra Height, 47650, Subang Jaya,Selangor dan No. 1-10/4A, Putra Height, Subang, 47650, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai SPRM, Sharan Raj A/l Govindasamy di talian 03-8870 0357.

Sementara itu, SPRM turut mencari Nor Azman Mohamed Kamal, 46, pemegang kad pengenalan bernombor 720702-71-5197 yang beralamat di No 11, Lorong 2, Desa Melayu Majidi Baru, 81100, Johor dan Lot 1614, Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah, 42100 Klang, Selangor.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nor Azman boleh menghubungi pegawai SPRM, Mohd Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-5155977.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

8 JANUARI 2018

SPRM Kesan Tiga Individu Bantu Siasatan  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
49
Minggu Ini
134
Bulan Ini
637

Keseluruhan
3428802