AKTA PENCEGAHAN RASUAH PEGAWAI ASING 

RINGKASAN

Foreign Corrupt Practices Act (Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing) – FCPA, mula berkuatkuasa pada tahun 1977 dan bertindak sebagai undang-undang pencegahan rasuah yang utama di Amerika Syarikat. Akta ini adalah hasil daripada peningkatan jumlah kejadian dan penyiasatan yang melibatkan bayaran korporat dibuat kepada pegawai asing bagi mendapatkan perniagaan di luar negara.

Sehingga kini, beberapa syarikat multinasional telah didakwa kerana salah laku semasa menjalankan perniagaan dengan negara-negara dunia ketiga.

Perhatian perlu diambil bahawa FCPA telah mengubah landskap menjalan perniagaan dalam dan di luar Amerika Syarikat. Mana-mana syarikat Amerika Syarikat yang mencari peluang perniagaan di pasaran negara asing hendaklah biasa dengan FCPA. Begitu juga orang negara asing yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat.

Secara ringkasnya, FCPA mempunyai dua (2) peruntukkan utama:

  1. Peruntukkan Anti Rasuah: Kesalahan memberi rasuah kepada pegawai awam negara asing bagi mendapatkan kerja/perniagaan

  2. Peruntukkan Perakaunan: Keperluan prosedur perakaunan untuk syarikat awam

    1. Untuk menyimpan buku dan rekod yang tepat

    2. Mengadakan kawalan dalaman bagi mencegah rasuah daripada berlaku

FCPA dikuatkuasakan seperti berikut:

  • Penguatkuasaan jenayah – Jabatan Keadilan (Department of Justice)

  • Penguatkuasaan sivil – Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission)

  • Penguatkuasaan pentadbiran - Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa

PERUNTUKKAN ANTI-RASUAH

Terdapat 5 elemen berhubung dengan pelanggaran rasuah dalam FCPA:

  1. Pihak Yang Dikawal Selia
    • Badan domestik – individu dan perniagaan di Amerika Syarikat

    • Syarikat Terbitan – syarikat yang telah mengeluarkan sekuriti yang berdaftar di Amerika Syarikat dan/atau entiti dikehendaki mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa

    • Agen, subsidiari atau wakil badan domestik dan syarikat terbitan

    • Warga asing atau perniagaan asing yang melakukan rasuah di dalam kawasan Amerika Syarikat

  2. Membuat tawaran pembayaran
    • Melarang bayaran, tawaran, janji dan/atau membenarkan untuk bayar atau tawar wang atau apa-apa benda berharga (wang, sumbangan, biasiswa, pinjaman dan sebagainya)

  3. Kepada pegawai awam negara asing
    • Ahli kepada mana-mana agensi asing, entiti yang dikawal oleh kerajaan negara asing, pegawai parti politik negara asing, ahli organisasi awam antarabangsa, orang yang bertindak bagi pihak entiti negara asing.

  4. Dengan niat rasuah untuk mempengaruhi keputusan
    • Pembayaran dengan niat rasuah bersamanya dan digunakan untuk mempengaruhi si penerima untuk menyalahgunakan kedudukkan dia

  5. Dengan tujuan perniagaan
    • Pembayaran untuk mendapatkan, mengekalkan atau mengarahkan perniagaan

Perlu diingatkan bahawa terdapat pengecualian kepada pembayaran permudahkan (facilitating payment) – contohnya “bayaran pelincir” yang dibuat kepada pegawai awam negara asing bagi mempercepatkan atau mendapatkan tindakan harian kerajaan oleh pegawai awam negara asing seperti proses untuk mendapatkan visa. Penguatkuasaan peruntukkan anti rasuah dan keputusan penalti dijelaskan lebih lanjut di bawah ini:

  • Jabatan Keadilan bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan jenayah FCPA seperti berikut :

    • Denda US$2juta setiap pelanggaran dan individu US$250,000 dan penjara 5 tahun

  • Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa bersama-sama bertanggungjawab untuk penguatkuasaan sivil FCPA seperti berikut:

    • Injunksi dan denda US$10,000 setiap perlakuan oleh entiti dan/atau individu

    • Denda tambahan boleh dikenakan oleh mahkamah

PERUNTUKKAN PERAKAUNAN

Rasuah korporat selalunya didapati berlaku dalam bentuk pembayaran haram yang dibuat dan disembunyikan sebagai transaksi komersial dalam buku perakaunan dan rekod syarikat. Sebagai contoh, ini berlaku melibatkan aliran wang tunai dan bayaran yang dibuat secara dalaman antara subsidiari dan usaha sama (joint ventures) dan/atau pembayaran yang dibuat kepada agen dalam bentuk fi konsultan.

Peruntukkan perakaunan bertindak sebagai langkah-langkah pencegahan tambahan (check and balance) untuk syarikat memantau pergerakkan aliran wang tunai, yang melibatkan aktiviti haram dan penyembunyian rasuah. Perlu ditekankan di sini bahawa skop bagi peruntukkan ini, tidak seperti peruntukkan anti-rasuah yang terpakai untuk semua pihak yang dikawal selia, peruntukkan perakaunan ini hanya terpakai kepada syarikat terbitan dan subsidiarinya. FCPA mengenakan dua (2) keperluan di bawah peruntukkan perakaunan:

  1. Syarikat terbitan mesti menyimpan buku perakaunan yang tepat. Ini akan membantu mencegah aktiviti rasuah seperti berikut :

    • Gagal untuk merekod transaksi tidak betul

    • Pemalsuan akaun bagi menyembunyikan transaksi tidak betul

    • Mewujudkan rekod untuk menyembunyikan tujuan sebenar sesuatu pembayaran itu

  2. Syarikat terbitan mesti mengguna pakai kawalan dalaman bagi mencegah pengalihan aset atau penggunaan dana korporat lain yang tidak wajar. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah mempertimbangkan beberapa faktor seperti disenaraikan di bawah bagi menentukan kawalan dalaman adalah mencukupi:

    • Peranan Lembaga Pengarah

    • Komunikasi prosedur dan polisi korporat

    • Pembahagian kuasa dan tanggungjawab

    • Kompetensi dan integriti pekerja

    • Akauntabiliti prestasi dan pematuhan polisi dan prosedur

    • Objektif dan keberkesanan kawalan dalaman

Penguatkuasaan peruntukkan perakaunan dan penalti dibincangkan lebih lanjut seperti di bawah ini:

  • Pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa yang mempunyai kuasa membuat peraturan mengenai peruntukkan perakaunan telah mengguna pakai dua (2) peraturan bagi menguatkuasakan peruntukkan perakaunan adalah bertanggungjawab untuk penguatkuasaan jenayah atas Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing seperti berikut:

    • Peraturan 13b2-1 menjadikannya menyalahi undang-undang kerana memalsukan akaun

    • Peraturan 13b2-1 menjadikannya menyalahi undang-undang kerana mengabaikan fakta penting atau membekalkan maklumat palsu kepada pegawai audit semasa audit atau dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

    • Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa boleh mengenakan penalti sivil sehingga US$500,000 kepada entiti dan US$100,000 kepada individu

    • Untuk pendakwaan jenayah pelanggaran peraturan secara sengaja, Jabatan Keadilan boleh mengenakan denda yang tinggi dan penjara - US$25juta untuk entiti, US$5 juta dan penjara 20 tahun untuk individu.

CONTOH KES

KES 1 – DIEBOLD INC.

Diebold Inc., sebuah pembekal sistem penghantaran layan diri dan keselamatan bersepdu, termasuk mesin juruwang automatik (ATMs) berpangkalan di Ohio dan mempunyai operasi atau subsidiari di 90 buah negara. Pada bulan Oktober 2013, syarikat tersebut memasuki Perjanjian Penangguhan Pendakwaan (Deferred Prosecution Agreement) bagi menyelesaikan pertuduhan yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan dan juga membayar denda lebih kurang US$22.97 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa sebagai serahan kembali dan faedah pra kehakiman, kerana melanggar peruntukkan anti-rasuah, buku dan rekod dan kawalan dalaman Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA).

LATAR BELAKANG

Antara tahun 2005 – 2010, subsidiari Diebold di China dan Indonesia membuat bayaran tunai, pelancongan dan hadia-hadiah lain yang berjumlah lebih kurang US$1.6juta kepada kakitangan kebanyakan bank kepunyaan kerajaan di China dan Indonesia.

Diebold juga bersubahat untuk membekalkan hadiah tunai “Pesta Musim Bunga China” kepada pegawai-pegawai kanan bank yang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi keputusan pembelian oleh pihak bank.

Secara berasingan, sebuah subsidiari Diebold di Rusia terlibat dalam kontrak penipuan dengan pembekal pihak ketiga di Russia, dengan menggunakan pampasan yang diterima dari Diebold untuk membayar rasuah sebanyak US$1.2 juta kepada kakitangan bank swasta bagi mendapatkan atau mengekalkan kontrak dari pihak entiti yang terlibat.

PENALTI

  • Diebold memasuki Perjanjian Penangguhan Pendakwaan dengan Jabatan Keadilan dan bersetuju membayar penalti sebanyak US$25.2juta, melaksanakan kawalan dalaman yang ketat dan mengekalkan pemantauan pematuhan selama sekurang-kurangnya 18 bulan.

  • Perjanjian Diebold dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa menghendaki syarikat untuk melantik pemantau pematuhan bebas dan membayar US$ 22.9juta lagi sebagai serahan kembali dan faedah pra kehakiman, ini menjadikan jumlah kos kewangan bagi menyelesaikan pertuduhan ini mencecah US$48juta.

  • Diebold juga bersetuju dengan keputusan akhir dan bersetuju (sekali lagi) untuk tidak melakukan pelanggaran FCPA.

PENGAJARAN

  • Syarikat dikehendaki menyiasat amaran (red flags) secara teliti apabila mereka dapati, samada semasa pemeriksaan atau penyiasatan berkaitan dengan rasuah dalam bidang kuasa lain.

  • Pemulihan adalah alat yang mustahak bagi memupuk persekitaran syarikat yang sesuai dan bagi memastikan keberkesanan program pematuhan syarikat.

 
 
KES 2 – SYARIKAT RALPH LAUREN

Pada April 2013, Ralph Lauren, sebuah syarikat pereka, pemasaran dan pengedar pakaian yang berpangkalan di New York, membayar sejumlah lebih daripada US$1.6 juta kepada Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa bagi menyelesaikan dakwaan bahawa mereka telah melanggar FCPA dengan membayar wang rasuah kepada pegawai kastam di Argentina sebagai ganjaran untuk mendapatkan layanan istimewa. Perjanjian Tidak Mendakwa (Non-prosecution Agreement) dimeterai dengan kedua-dua agensi.

LATAR BELAKANG

Subsidiari Ralph Lauren di Argentina yang dimilik penuh tetapi secara tidak langsung, telah membuat bayaran US$500,000 kepada seorang agen kastam untuk tujuan bayaran rasuah kepada pegawai kastam Argentina bagi mendapatkan pelbagai faedah yang tidak patut, termasuklah pelepasan untuk barang tertentu tanpa dokumen yang mencukupi, pelepasan barang yang sepatutnya dilarang, dan mengelak pemeriksaan ke atas barang-barang Ralph Lauren Argentina. Bagi mengaburi pembayaran ini, pegawai kastam mengemukakan invois kepada Ralph Lauren Argentina untuk perbelanjaan dan cukai tanpa sebarang dokumen sokongan.

Pengurus Besar Ralph Lauren Argentina telah secara langsung membekalkan atau membenarkan hadiah seperti minyak wangi, pakaian dan beg tangan, kepada tiga orang pegawai kastam bagi menjamin pengimportan produk Ralph Lauren ke Argentina.

Beberapa kakitangan Ralph Lauren Argentina telah membangkitkan perkara mengenai agen kastam ini. Ralph Lauren dapati bayaran tidak sah ini selepas siasatan dijalankan dan Ralph Lauren sendiri melaporkan perlakuan tersebut kepada Jabatan Keadilan.

PENALTI

  • Ralph Lauren bersetuju untuk membayar penalti sebanyak US$882,000 kepada Jabatan Keadilan bagi menyelesaikan dakwaan bahawa mereka telah melanggar FCPA kerana membayar rasuah kepada pegawai kastam di Argentina untuk mendapat layanan istimewa.

  • Ralph Lauren bersetuju untuk membayar Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa sebanyak US$593,000 sebagai serahan kembali dan US$141,859 sebagai faedah pra kehakiman berdasarkan perlakuan yang sama.

  • Ralph Lauren dibenarkan mengadakan Perjanjian Tidak Mendakwa (Non-Prosecution Agreement) dengan kedua-dua agensi penguatkuasa atas sebab penyiasatan yang mereka laksanakan sendiri dan seterusnya melaporkannya kepada Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

PENGAJARAN

  • Jabatan Keadilan meletakkan syarikat induk bertanggungjawab atas perlakuan salah laku subsidiari mereka di negara asing. Perlantikan pengurus besar di Ralph Lauren oleh syarikat induk telah menunjukkan bahawa Ralph Lauren menjalankan kawalan secukupnya terhadap subsidiari di Argentina.

  • Ralph Lauren kekurangan kawalan dalaman perakaunan yang sesuai.

  • Ralph Lauren tidak mempunyai program anti-rasuah dan tidak menyediakan kursus kepada kakitangannya atau menjalankan sebarang pemantauan bagi mencegah perlakuan salah laku.

  • Pembayaran Ralph Lauren menandakan kali pertama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa mengadakan Perjanjian Tidak Mendakwa bagi menyelesaikan pelanggaraan FCPA. Suruhanjaya menyatakan bahawa usaha pemulihan dan kerjasama Ralph Lauren dalam perkara ini merupakan sebab utama ia memilih mengadakan perjanjian tersebut buat kali pertama.

 
 
KES 3 – ALSTORM SA

Kemudahan pengubahsuaian turbin loji kuasa milikan Alstom SA di Rugby, UK telah membayar berpuluh juta dolar Amerika Syarikat dalam bentuk rasuah untuk memenangi projek bernilai US$4bilion dari syarikat kepunyaan kerajaan di Asia dan Timur Tengah lebih daripada satu dekad sejak seawal tahun 2000 hingga 2011. Alstorm cuba menyembunyikan rasuah tersebut dengan mengekalkan konsultan yang sebenarnya bertindak sebagai saluran pembayaran rasuah kepada pegawai kerajaan. Kes ini dikesan oleh juruaudit Swiss Federal Banking Commission melalui dokumen ditemui yang menunjukkan kemungkinan bayaran rasuah berlaku.

Jabatan Keadilan telah menjalankan penyiasatan atas rasuah yang dibayar bagi mendapatkan kontrak loji kuasa di Indonesia dan Timur Tengah. Alstorm memalsukan buku dan rekod perakaunan bagi menyembunyikan bayaran dan merujuk kepada konsultan secara dalaman dengan menggunakan nama kod seperti “Mr. Geneva”, “Quiet Man” dan “Old Friend”.

Alstorm mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan, satu kerana pelanggaran undang-undang rasuah dengan memalsukan rekod dan satu lagi kerana gagal untuk mengadakan kawalan dalaman yang mencukupi, di Mahkamah Persekutuan Connecticut.

PENALTI

  • Alstorm SA (ALO) mengaku salah dan bersetuju membayar sejumlah US$772juta bagi menamatkan kes ini. Ini merupakan jumlah penalti jenayah terbesar yang dibayar kepada Jabatan Keadilan di bawah FCPA. Ia melebih jumlah US$450juta yang dibayar oleh Siemes AG pada tahun 2008.

PENGAJARAN
  • Kos rasuah adalah sangat tinggi.

 
 
KES 4 – MORGAN STANLEY

Seorang bekas pegawai kanan Morgan Stanley merasuah seorang pegawai China bagi mendapatkan perniagaan. Kakitangan dan pegawai juga mencuri dari Morgan Stanley dalam bentuk fi untuk mencari hartanah.

Semua pihak yang terlibat juga menggunakan perhubungan rahsia bagi mendapatkan kepentingan hartanah daripada dana Morgan Stanley.

Morgan Stanley membuat keputusan dengan sendirinya melaporkan kepada Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa mengenai salah laku (FCPA). Pihak syarikat bekerjasama dengan penyiasatan kerajaan. Tindakan pemulihan diambil dan bermula dengan memberhentikan kakitangan yang terlibat dalam jenayah ini. Pihak syarikat juga melabur dalam sistem kawalan dalaman untuk bank dan program pematuhan.

PENALTI

  • Kakitangan yang terlibat menghadapi pertuduhan jenayah dan tempoh penjara

  • Agensi penguatkuasaan (Jabatan Keadilan dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa) enggan mengambil tindakan terhadap Morgan Stanley tetapi menuduh kakitangannya kerana tidak mematuhi kawalan dalaman syarikat, berbohong dan menipu untuk kepentingan peribadi.

  • Mereka berdepan dengan pertuduhan dan tempoh penjara.

PENGAJARAN

Syarikat

  • Melabur dalam kawalan dalaman dan langkah-langkah anti-rasuah yang berkesan

  • Memastikan program pematuhan berkembang dengan peraturan baru

  • Memastikan pemantauan dan pelaksanaan

Kakitangan
  • JANGAN BUAT (kamu tidak dilindungi lagi)


 
KES 5 – ALCATEL LUCENT

Pada bulan Disember 2010, Alcatel Lucent SA adalah sebuah pembekal rangkaian telefon talian tetap terbesar di dunia yang berpangkalan di Paris, mengakui telah merasuah pegawai kerajaan di banyak negara, termasuk Taiwan, Malaysia dan Costa Rica. Syarikat telah didakwa kerana melanggar peruntukkan kawalan dalaman dan buku dan rekod perakaunan FCPA.

Alcatel jelasnya “mengusahakan banyak peluang perniagaan di seluruh dunia dengan menggunakan agen pihak ketiga dan konsultan”, mengikut kenyataan fakta yang diakui oleh syarikat dalam perjanjian penangguhan pendakwaan (Deferred prosecution agreement).

“Alcatel dan subsidiarinya gagal untuk mengesan atau menyiasat banyak amaran yang mencadangkan kakitangan menggunakan konsultan palsu bagi menyediakan hadiah dan bayaran kepada pegawai kerajaan negara asing agar mendapat perniagaan secara tidak sah” Robert Khuzami, Pengarah Penguatkuasaan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, bercakap dalam kenyataan beliau.

Perlakuan ini melibatkan amalan jualan Alactel SA di seluruh dunia sebelum mereka bergabung dengan Lucent Technologies Inc dalam tahun 2006.

Tiga subsidiary – Alcatel-Lucent France SA, Alcatel-Lucent Trade International AG dan Alcatel Centroamerica SA – mengaku salah, berdasarkan perjanjian penangguhan pendakwaan yang dikemukakan di mahkamah persekutuan di Miami.

PENALTI
  • Alactel –Lucent mesti bayar US$92juta sebagai penalti jenayah. Tiga subsidiari bersetuju mengaku salah kepada peruntukan anti rasuah FCPA.

  • Syarikat juga mesti bayar sebanyak US$45juta untuk menyelesaikan pertuduhan sivil oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat.

  • Syarikat mesti membayar pemantau bebas Perancis untuk menyelia pematuhannya terhadap langkah-langkah anti-rasuah.

  • Jabatan Keadilan menangguhkan pertuduhan dan menggugurkan kes tersebut selepas tiga tahun sekiranya syarikat berjaya menambahbaik program pematuhannya.
PENGAJARAN
  • Syarikat induk adalah bertanggungjawab terhadap aktiviti subsidiarinya.

  • Ketiadaan kawalan dalaman terutamanya dalam organisasi besar mengalak perlakuan rasuah dan gagal untuk mengesannya bila berlaku.

  • Perjanjian Penangguhan Pendakwaan memaksa Alcatel-Lucent untuk mengadakan program pematuhan dengan melantik pemantau bebas bagi menyelia pematuhan syarikat dengan langkah-langkah anti rasuah.

Sila klik sambungan di bawah ini untuk lebih banyak kes:

DOKUMEN

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
49
Minggu Ini
134
Bulan Ini
637

Keseluruhan
3428802