BADAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI DADAH DAN JENAYAH (UNODC)

 

RINGKASAN

Badan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Dan Jenayah (UNODC) adalah pemimpin global dalam perjuangan menentang dadah dan jenayah antarabangsa, dan entiti Badan Bangsa-Bangsa Bersatu utama dalam menyediakan bantuan perundangan dan teknikal untuk mencegah keganasan.UNODC menggerak dan menggalakkan kerjasama serantau dan juga antarabangsa untuk menghadapi peningkatan ancaman keselamatan yang tertimbul kerana jenayah terancang, pengedaran dadah, rasuah dan keganasan. UNODC memperkukuhkan lagi perundangan dan institusi keadilan bagi meningkatkan pencegahan jenayah dan membina masyarakat yang lebih selamat, di mana penduduk boleh hidup tanpa rasa takut serta berusaha ke arah masa depan yang lebih makmur untuk diri dan keluarga mereka. Bagi mencapai ini, UNODC menjalankan pelbagai jenis inisiatif, termasuk projek pembangunan alternatif, pemantauan tanaman haram dan program anti penggubahan wang haram.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN

UNODC telah membangunkan panduan dan amalan terbaik yang praktikal mengenai langkah-langkah mewujudkan program pencegahaan rasuah, etika serta pematuhan oleh syarikat. Berikut adalah senarai semak yang boleh dijadikan sebagai amalan baik dalam pencegahan rasuah oleh syarikat dalam organisasi masing-masing.

1. Penilaian Risiko
Ia akan bantu syarikat melaporkan aktiviti penilaian risiko untuk:

  • Terangkan prosedur penilaian risiko (contoh: kekerapan ia dijalankan, siapa yang mengetuainya, bahagian syarikat yang diliputi, bagaimana keputusan diuruskan) dan
  • Terangkan unit perniagaan dan subsidiari yang telah jalankan penilaian risiko.

2. Teladan dari atas (“tone from the top”)
Sokongan dan komitmen dari pengurusan kanan, dan juga dirujuk sebagai teladan dari atas, adalah mustahak bagi menentukan budaya sesuatu organisasi.

3. Membangunkan program anti-rasuah

4. Pengawasan program anti-rasuah

5. Polisi melarang rasuah yang jelas, terang dan boleh diakses
Dalam menyediakan polisi anti-rasuah yang jelas, terang dan boleh diakses, syarikat boleh menimbangkan aspek berikut:

  • Polisi mestilah didokumenkan
  • Penggunaan bahasa dalam polisi mestilah jelas dan mudah difaham
  • Polisi boleh dilihat oleh semua pihak samada dalam atau luar syarikat
  • Polisi perlu disokong oleh penerangan contoh sebenar atau kes generik untuk meningkatkan pemahaman tentang bagaimana polisi ini digunapakai dalam situasi kerja harian

6. Bayaran pemudahan (facilitation payment)

7. Perbelanjaan khas
Apabila menangani pelbagai jenis manifestasi rasuah, syarikat akan dapati bahawa beberapa aktiviti perniagaan yang sah boleh disalahgunakan untuk menyembunyikan rasuah atau sebagai suatu perdagangan yang pengaruh. Ini biasanya berkaitan dengan tiga jenis perbelanjaan seperti berikut:

  • Hadiah, hospitaliti, pelancongan dan hiburan
  • Sumbangan politik
  • Sumbangan amal dan penajaan

8. Percanggahan kepentingan

9. Applikasi program pencegahan rasuah kepada rakan perniagaan
Apabila berhubung dengan rakan perniagaan adalah satu keperluan bagi menjalankan perniagaan, ia juga boleh menimbulkan risiko rasuah yang besar bagi syarikat. Syarikat yang berurusan dengan rakan perniagaan yang mempunyai standard anti-rasuah yang rendah mungkin menghadapi risiko siasatan kes rasuah atau bertanggungjawab ke atas tingkah laku yang tidak wajar oleh rakan perniagaan mereka.

10. Pelaporan kawalan dalaman dan penyimpanan rekod kepada awam

11. Komunikasi dan latihan
Syarikat yang membentuk program pencegahan rasuah bukan sahaja perlu memastikan kakitangan dan rakan perniagaan mengetahui dasar dan prosedur, tetapi mereka juga mempunyai maklumat dan kemahiran untuk mengenal pasti dan bertindak terhadap cabaran rasuah.

12. Menilai etika dan pematuhan
Insentif berkelakuan secara etika dan pematuhan harus bersepadu dengan polisi sumber manusia dan proses penilaian prestasi. Sehubungan itu, sasaran prestasi berkenaan dengan pematuhan dan etika perlu diwujudkan.

13. Melaporkan pelanggaran
Pelaporan pelanggaran, sering dirujuk sebagai pemberi maklumat, boleh ditakrifkan sebagai pendedahan maklumat rasuah sebenar atau persepsi dalam sesebuah syarikat kepada individu atau badan yang dipercayai mampu mengambil tindakan. Pelanggaran boleh dilaporkan terus kepada pegawai atasan atau jabatan pematuhan syarikat tersebut.

14. Kriteria penilaian
Setelah kajian semula komprehensif terhadap program anti rasuah telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat, syarikat boleh menilai prestasi program tersebut bagi mengenal pasti keperluan untuk penambahbaikan. Kajian semula yang komprehensif boleh dicapai dengan menilaikan tiga kriteria utama seperti berikut:

  • Keberkesanan 

Merujuk kepada tahap sumbangan polisi dan prosedur anti-rasuah kepada objektif spesifik program itu, umpamanya berkurangnya risiko bayaran pemudahan (facilitation payment).

  • Kecekapan 

Merujuk kepada pengurangan kos program anti-rasuah, di samping menjamin kepentingan polisi dan prosedur anti-rasuah, termasuk risiko perundangan, komersial dan reputasi yang lebih rendah.

  • Kemampanan (sustainability) 

Merujuk kepada sejauh mana polisi dan prosedur anti-rasuah dan hasilnya dapat mengurangkan risiko rasuah pada jangka masa panjang.

KAJIAN KES

KES 1 : ING. LADISLAV GAL
Latar belakang
Pada 28 Februari 2006, dalam perbicaraan utama, Senat Pezinok mahkamah Khas, cawangan Banska Bystrica, dalam Republik Slovak, doc. BB-3 TS 8/2005, di mana mahkamah telah membuat keputusan bahawa defendan Ing. Ladislav gal, lahir pada 13 Disember 1953 bersalah.
Kesalahan

Pada 9 Mei, 2005, di Trnava, fungsi Pejabat Tanah Daerah Trnava, Defendan meminta dari Miroslav Sýkora, melalui orang tengah yang tidak dinamakan, rangsangan (boost) nombor 10-Sk per m2 tanah dengan keluasan 265.903m2, jumlah keseluruhan 2,659,030, sebagai ganti kerana mengeluarkan keputusan di bawah kuasanya, untuk mengubah status tanah tersebut dari pertanian kepada bangunan untuk pembinaan kawasan industri di kampung Šoporňa dan kemudian, pada 27 Mei 2005 selepas permohonan permulaan, menerima galakkan 1,500,000 dari Miroslav Sýkora.

Penalti

Penjara sejumlah tujuh (7) tahun.

Pengajaran
  • Pesalah

Individu yang dijatuhkan hukuman padatahun 2006 merupakan seorang yang menerima pendidikan peringkat universiti, 53 tahun dan beralamat tetap di Galanta, Slovak Republic, berkahwin, berstatus kewangan baik, menjalankan tugas sebagai Pengarah Pejabat Tanah Daerah di Trnava, dia juga dinamakan oleh kerajaan Slovak Republic sebagai ahli parti politik yang merintah.

  • Jenayah yang dilakukan

Jenayah yang dilakukan dikategorikan seksyen ketiga – rasuah, kepala ketiga – jenayah terhadap ketenteraman awam dalam Undang-Undang Jenayah. Pesalah melakukan jenayah menerima suatu dorongan dan manfaat lain yang tidak sesuai (inappropriate) berhubung dengan tender berkepentingan umum, yang bermaksud memutuskan peranan sesebuah badan negeri, dan beliau bertindak dalam kedudukan sebagai orang awam kerana beliau merupakan Pengarah Pejabat Tanah Daerah.

  • Pencegahan umum

Dengan kejayaan melaksanakan dan kesimpulan kes ini, kepercayaan masyarakat terhadap polis, pendakwa raya dan Mahkamah Khas telah meningkat, menunjukkan terdapat institusi yang mampu menyelesaikan jenayah jenis ini. Reaksi kepada ini ialah masyarakat mula tampil ke hadapan melaporkan pelbagai jenis perlakuan rasuah dan meminta kerjasama dengan polis untuk membuktikannya.Sejak masa yang dinyatakan di atas, budaya menolak rasuah secara umumnya disokong dan Slovakia telah memulakan perjalanan dalam memerangi rasuah.

Rujuk link dibawah untuk bacaan lanjut:

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
27
Minggu Ini
306
Bulan Ini
1042

Keseluruhan
3426198