GLOBAL COMPACT BANGSA-BANGSA BERSATU

 

Global Compact boleh dianggap sebagai satu inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia.  Ia bekerjasama dengan perniagaan di seluruh dunia untuk menyelaraskan strategi dan operasi dengan prinsip-prinsip universal yang merangkumi hak asasi manusia, tenaga buruh, alam sekitar dan pencegahan rasuah, serta mengambil tindakan yang memajukan matlamat masyarakat.

UN Global Compact yakin untuk dunia membentuk ekonomi dunia yang mampan dan menyeluruh serta mampu membawa manfaat berpanjangan kepada manusia, masyarakat dan pasaran. Sebagai usaha untuk mencapai visi tersebut, UN Global Compact memberi sokongan kepada syarikat-syarikat yang:

  1. Jalankan urus niaga dengan penuh tanggungjawab dan menyelaraskan strategi dan operasi syarikat dengan Sepuluh Prinsip mengenai hak asasi manusia, tenaga buruh, alam sekitar dan pencegahan rasuah; dan
  2. Ambil tindakan strategik untuk memajukan matlamat masyarakat yang lebih meluas, seperti Matlamat Pembangunan Mampan UN, dengan memberi tumpuan ke atas kerjasama dan inovasi.

 

Klik sini untuk Sepuluh Prinsip UN Global Compact – Prinsip Ke-10 Pencegahan Rasuah

 

Sepuluh Prinsip UN Global Compact dirumus berdasarkan: Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Prinsip Asas dan Hak di Tempat Kerja, Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan, dan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pencegahan Rasuah. Pencegahan Rasuah adalah prinsip ke-10.  Pihak Global Compact percaya bahawa sistem nilai sesebuah syarikat itu adalah titik permulaan ke arah kemampanan korporatnya, di samping pendekatan berprinsip yang diambil dalam urus niaga. Ini bermaksud sesebuah organisasi beroperasi, sekurang-kurangnya, dengan memenuhi tanggungjawab asas dalam perkara yang menyentuh hak asasi manusa, tenaga buruh, alam sekitar dan pencegahan rasuah.

Satu Garis Panduan Penilaian Risiko Pencegahan Rasuah telah diesediakan untuk memberi panduan praktikal mengenai cara-cara melaksanakan penilaian risiko pencegahan rasuah.  Ini termasuk proses enam langkah untuk melengkapkan penilaian tersebut:

  • Tetapkan proses,
  • Kenal pasti risiko,
  • Tetapkan tahap risiko,
  • Kenal pasti kawalan untuk mengurangkan risiko,
  • Kira tahap risiko bersih; dan 
  • Sediakan satu pelan tindakan.

Klik sini untuk Garis Panduan Penilaian Risiko Pencegahan Rasuah.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
48
Minggu Ini
84
Bulan Ini
587

Keseluruhan
3428752