PERSIDANGAN MENENTANG RASUAH PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNITED NATIONS CONVENTION AGAINST CORRUPTION (UNCAC))

 

LATAR BELAKANG

Persidangan Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) adalah satu-satunya instrumen menentang rasuah universal yang mengikat secara sah. Persidangan ini adalah satu alat unik yang memberi respon menyeluruh kepada masalah global. Sementara perlaksanaan UNCAC adalah adalah tanggungjawab muktamad kerajaan, persidangan ini mempunyai nilai penting sebagai alat anti-rasuah untuk sektor swasta, akademi dan juga masyarakat umum.  Dalam resolusinya 55/61 pada 4 Disember 2000, perhimpunan agung menyedari bahawa satu instrumen perundangan menentang rasuah yang efektif, bebas daripada Persidangan Menentang Jenayah Terancang Melepasi Sempadan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Convention against Transnational Organized Crime) (resolusi 55/25, lampiran I) adalah perlu dan memutus untuk menubuhkan jawatankuasa ad hoc bagi membincangkan instrumen ini di Vienna di Ibu Pejabat Badan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Dan Jenayah (UNODC).

Teks UNCAC telah dibincangkan dalam 7 sesi mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc untuk perundingan bagi  Persidangan Menentang Rasuah  yang telah diadakan antara 21 Januari 2002 dan 1 Oktober 2003.

Persidangan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Ad Hoc telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung melalui resolusi 58/4 31 Oktober 2003. Berikut adalah elemen penting mengenai persidangan ini:

  • Pencegahan
  • Kesalahan
  • Kerjasama antarabangsa 
  • Pengembalian aset (asset recovery)

 

PENCEGAHAN

Rasuah boleh didakwa selepas fakta, tetapi paling penting, ia perlukan pencegahan. Satu bab mengenai Persidangan ini disediakan khas untuk pencegahan, dengan langkah-langkah ditujukan kepada kedua-dua sektor awam dan swasta. Ini termasuk model polisi pencegahan, seperti penubuhan badan pencegahan rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam pembiayaan kempen pilihan raya dan parti politik. Negeri-negeri hendaklah memastikan perkhidmatan awam berusaha untuk meningkat kecekapan, ketelusan dan pengambilan berdasarkan kepada kecemerlangan. Apabila diambil bekerja, penjawat awam adalah tertakluk kepada kod tata kelakuan, keperluan mengisytiharkan kewangan dan lain-lain serta tindakan tatatertib yang sesuai.

KESALAHAN

Persidangan ini meminta negeri-negeri mewujudkan kesalahan jenayah dan kesalahan-kesalahan lain bagi menanggung perbuatan rasuah yang luas, jika ia belum menjadi satu jenayah di bawah perundangan domestic negeri berkenaan. Dalam beberapa kes, negeri-negeri bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk membentuk suatu kesalahan; dalam kes-kes lain, untuk mengambil kira perbezaan dalam undang-undang domestik, mereka dikehendaki menimbang untuk berbuat demikian. Persidangan ini melampaui instrumen yang lain, bukan sahaja bentuk rasuah yang asas seperti rasuah dan penyelewengan dana awam adalah jenayah, tetapi juga penggunaan pengaruh dan menyorok dan mengubah hasil dari rasuah. Kesalahan yang dilakukan bagi menyokong rasuah, termasuk pengubah wang haram dan menghalang keadilan juga ditangani. Kesalahan persidangan juga untuk menangani masalah rasuah dalam sektor swasta.

KERJASAMA ANTARABANGSA

Negeri-negeri telah setuju untuk kerjasama dalam semua aspek bagi menangani rasuah termasuk pencegahan, penyiasatan dan pendakwaan. Negeri-negeri adalah tertakluk kepada persidangan untuk memberi bantuan perundangan bersama dalam mengumpul dan memindahkan keterangan untuk digunakan di mahkamah bagi menghantar pulang pesalah. Negeri-negeri juga diminta untuk mengambil tindakan membantu mengesan, beku, sita dan rampas hasil rasuah.

PENGEMBALIAN ASET

Negeri-negeri bersetuju mengenai pengembalian harta, yang mana dinyatakan dengan jelas sebagai prinsip utama persidangan. Ini adalah isu penting bagi banyak negara sedang membangun di mana rasuah peringkat tinggi telah mencuri kekayaan negara, dan sumber yang sangat diperlukan untuk pembinaan semula dan pemulihan masyarakat (rehabilitation of societies) di bawah kerajaan baru. Perundingan intensif dijalankan bagi mencapai persetujuan dalam bab ini, kerana negara yang cuba mengesan aset haram terpaksa akur dengan peraturan dan perundangan negara bantuan. Sebagai lampiran kepada persidangan yang diadakan pada tahun 2004, perhatian negeri-negeri telah timbul dan ia termasuk:

  • Perkara mengenai masalah dan ancaman rasuah kepada kestabilan dan keselamatan masyarakat, mengugat institusi dan nilai demokrasi, nilai etika dan keadilan serta mengugat pembangunan dan undang-undang,
  • Perkara mengenai kaitan antara rasuah dan bentuk jenayah yang lain, terutamanya jenayah terancang dan jenayah ekonomi, termasuk pengubahan wang haram,
  • Perkara mengenai kes-kes rasuah yang melibatkan kuantiti aset yang amat besar, yang boleh terjadi sebahagian besarnya dari sumber negeri, dan yang mengancam kestabilan politik dan untuk mengekalkan pembangunan negeri berkenaan,
  • Yakin bahawa rasuah bukan lagi masalah tempatan tetapi fenomena merentas sempadan yang memberi kesan kepada semua masyarakat dan ekonomi, maka adalah penting untuk wujudkan kerjasama antarabangsa bagi mencegah dan mengawalnya,
  • Yakin bahawa perlukan satu pendekatan yang menyeluruh dan pelbagai disiplin bagi mencegah dan menangani rasuah secara berkesan,
  • Yakin bahawa dengan bantuan teknikal boleh memainkan peranan yang mustahak dalam meningkatkan keupayaan negeri-negeri, termasuk dengan mengukuhkan kapasiti dan pembangunan institusi, bagi mencegah dan menangani rasuah secara berkesan.
  • Yakin bahawa perolehan harta peribadi secara haram boleh memusnahkan institusi demokrasi, ekonomi negara dan undang-undang.

Dalam Peruntukkan am, Artikel 1. Pernyataan tujuan, menyatakan tujuan persidangan adalah untuk:

  1. Menggalak dan menambahbaik langkah-langkah pencegahan untuk mencegah dan menangani rasuah dengan lebih cekap dan berkesan;
  2. Menggalak, membantu dan menyokong kerjasama antarabangsa dan bantuan teknikal dalam pencegahan dan menangani rasuah, termasuk mendapatkan semula harta;
  3. Menggalak dan meningkatkan integriti, akauntabiliti dan pengurusan hal ehwal awam dan harta awam.

Dalam artikel 2, untuk tujuan persidangan, terma digunakan adalah:

  1. “Penjawat awam” bermaksud:
  1. mana-mana orang memegang legislatif, eksekutif, pentadbiran atau jawatan perundangan negeri (State Parties), sama ada dilantik atau dipilih, sama ada tetap atau sementara, sama ada dibayar atau tidak dibayar, tanpa mengambil kira kekananan seseorang itu;
  2. mana-mana orang lain yang melaksanakan fungsi awam, termasuk untuk agensi awam atau perusahaan awam, atau menyediakan perkhidmatan awam, sebagaimana dijelaskan dalam undang-undang tempatan negeri dan yang digunakan di kawasan yang berkaitan dengan undang-undang negeri itu;
  3. mana-mana orang lain yang didefinasi sebagai “awam”.

Instrumen ini memberi mandate kepada negeri-negeri untuk mendakwa dan menghukum pelbagai perlakuan rasuah. Undang-undang tempatan yang relevan mempunyai impak ke atas perniagaan secara langsung, terutama di negeri-negeri yang perlu pembentukan liabiliti perundangan terhadap orang yang melakukan perbuatan rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
48
Minggu Ini
238
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3428906