PERTUBUHAN BAGI KERJASAMA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI (THE ORGANISATION FOR ECONOMIC CO-OPERATION AND DEVELOPMENT) (OECD)

 

RINGKASAN

Lebih 50 tahun, Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah membantu membentuk standard global, konvensyen antarabangsa, perjanjian dan cadangan dalam bidang seperti tadbir urus dan memerangi rasuah, tanggungjawab korporat, pembangunan, pelaburan antarabangsa, cukai, dan alam sekitar, sebagai contohnya. Kerjasama, dialog, konsensus dan peer review membawa OECD dalam memenuhi visinya untuk menghasilkan ekonomi dunia dan masyarakat yang lebih kuat, bersih dan adil.

OECD telah membentuk satu pelan tindakan yang penting untuk program pematuhan anti-rasuah, melalui Jawatankuasa Kerja Anti-Rasuah (“OECD Working Group"). Terbitan pada Februari 2010 bertajuk Panduan Amalan Baik Mengenai Kawalan Dalaman (atau Good Practice Guidance on Internal Controls, Ethics and Compliance, akan dikenali sebagai “Panduan Amalan Baik” atau "Panduan” di bawah) adalah Lampiran II kepada sebuah panduan bertarikh 26 November 2009. Ia membuat cadangan tambahan untuk memerangi rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai awam asing dalam transaksi perniagaan antarabangsa 1 ("Cadangan 2009"). Panduan Amalan Baik menetapkan perinci elemen-elemen bagi pendekatan anti rasuah yang baik.

PANDUAN AMALAN BAIK MENGENAI KAWALAN DALAMAN, ETIKA DAN PEMATUHAN

Panduan amalan baik ini memperakui penemuan dan syor oleh Jawatankuasa Kerja mengenai rasuah dalam transaksi perniagaan antarabangsa dan programnya terhadap tindakan susulan secara sistematik bagi memantau pelaksanaan cadangan OECD Persidangan Bagi Memerangi Rasuah Pegawai-Pegawai Awam Asing Dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (dikenali sebagai “OECD Persidangan Anti-Rasuah”); sumbangan daripada sektor swasta dan masyarakat sivil melalui sesi perundingan Jawatankuasa Kerja mengenai semakan semula instrumen anti rasuah OECD; dan usaha pencegahan dan pengesanan rasuah dalam perniagaan oleh OECD dan sektor swasta antarabangsa dan badan masyarakat sivil.

Panduan amalan baik ini ditujukan kepada syarikat-syarikat untuk mewujud dan menentukan keberkesanan kawalan dalaman, etika, dan program pematuhan atau langkah-langkah pencegahan dan pengesanan perlakuan rasuah oleh pegawai-pegawai awam asing dalam transaksi perniagaan antarabangsa atau sebaliknya boleh dirujuk sebagai “rasuah asing” (foreign bribery), dan kepada organisasi perniagaan dan pertubuhan pakar yang memainkan peranan penting dalam membantu syarikat melaksanakan usaha-usaha ini.

Panduan amalan baik ini terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Panduan amalan baik untuk syarikat
  2. Tindakan oleh organisasi perniagaan dan pertubuhan profesional

A) PANDUAN AMALAN BAIK UNTUK SYARIKAT

Kawalan dalaman yang efektif, etika dan program pematuhan atau pendekatan untuk pencegahan dan pengesanan perlakuan rasuah oleh pegawai asing hendaklah dibangunkan berdasarkan penilaian risiko bagi menangani keadaan tersendiri sesuatu syarikat, khususnya risiko rasuah asing yang dihadapi oleh syarikat (seperti kedudukan geografi dan sektor industri beroperasi). Keadaan begini dan risikonya hendaklah selalu dipantau, dinilai semula dan diubah suai jika perlu bagi memastikan keberkesanan kawalan dalaman syarikat, etika dan program pematuhan atau langkah-langkahnya. Syarikat mesti menimbang antara lain, amalan baik seperti berikut bagi memastikan kawalan dalaman yang berkesan, etika dan program pematuhan atau kaedah untuk tujuan pencegahan dan pengesanan rasuah asing:

  1. Sokongan kuat, jelas dan nyata serta komitmen pegawai kanan terhadap kawalan dalaman syarikat, etika dan program pematuhan untuk pencegahan dan pengesanan rasuah asing;
  2. Polisi korporat larangan rasuah asing yang jelas dan nyata;
  3. Pematuhan kepada larangan ini dan kawalan dalaman, etika dan program pematuhan atau langkah-langkah yang berkaitan adalah tanggungjawab setiap individu di semua peringkat dalam syarikat;
  4. Pemantauan ke atas program etika dan pematuhan atau langkah-langkah yang berkaitan dengan rasuah asing, termasuk kuasa untuk lapor terus kepada badan pemantau bebas seperti jawatankuasa audit dalaman bagi lembaga pengarah atau lembaga pemantauan, adalah tanggungjawab suatu atau lebih pegawai korporat kanan, dengan kuasa yang mencukupi daripada pengurusan, sumber dan penguatkuasa;
  5. Program etika dan pematuhan atau pendekatan yang direka untuk mencegah dan mengesan rasuah asing, terpakai kepada semua pengarah, pegawai dan kakitangan, begitu juga entiti yang mana syarikat itu ada kawalan, termasuk anak syarikat, antara lain, bidang berikut:
    1. hadiah;
    2. hospitaliti, keraian dan perbelanjaan;
    3. perjalanan pelanggan;
    4. sumbangan politik;
    5. sumbangan kebajikan dan tajaan;
    6. bayaran memudahkan (facilitation payment); dan
    7. meminta dan memeras ugut.
  6. Program etika dan pematuhan atau langkah-langkah yang dibentuk untuk mencegah dan mengesan rasuah asing terpakai, di mana sesuai dan tertakluk kepada perjanjian kontrak, kepada pihak ketiga seperti agen dan perantaraan-perantaraan lain, perunding, wakil, pengedar, kontraktor dan pembekal, konsortium dan rakan kongsi usaha sama (disebutkan sebagai “rakan perniaggan” selepas ini), termasuk, antara lain, elemen-elemen penting berikut:
    1. dokumen due deligence berasaskan risiko berhubung pengambilan, dan pengawasan yang sesuai dan tetap terhadap rakan perniagaan;
    2. memaklumkan rakan perniagaan mengenai komitmen syarikat mematuhi undang-undang mengenai larangan rasuah asing dan program etika dan pematuhan atau langkah-langkah syarikat mencegah dan mengesan rasuah bentuk ini; dan
    3. menuntut komitmen dua hala dari rakan perniagaan.
  7. Sistem kewangan dan prosedur perakauanan, termasuk sistem kawalan dalaman, direka bagi memastikan penyimpanan kira-kira, rekod dan akaun yang tepat dan adil, untuk memastikan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan rasuah terhadap pegawai awam asing atau menyorok rasuah sebegini;
  8. Kaedah yang direka bagi memastikan adanya komunikasi secara berkala, dan rekod latihan untuk kakitangan semua peringkat, berhubung program etika dan pematuhan atau langkah-langkah berkaitan dengan rasuah asing, begitu juga untuk anak syarikatnya jika sesuai;
  9. Tindakan yang bersesuaian agar mengalak dan menyediakan sokongan positif bagi pematuhan kepada program etika dan pematuhan atau langkah-langkah memerangi rasuah asing, di semua peringkat syarikat;
  10. Prosedur tatatertib yang sesuai bagi menangani, antaranya, pelanggaran, di semua peringkat sesebuah syarikat, undang-undang berhubung rasuah asing, dan program etika dan pematuhan syarikat atau langkah-langkah terhadap rasuah asing;
  11. Pendekatan berkesan untuk:
    1. Menyediakan panduan dan nasihat kepada pengarah, pegawai, kakitangan, dan mengikut kesesuaian, rakan perniagaan, terhadap pematuhan program etika dan pematuhan syarikat atau langkah-langkah, termasuk apabila mereka perlukan nasihat segera mengenai keadaan yang sukar di negara asing;
    2. Laporan dalaman, dan jika boleh laporan sulit, dan perlindungan kepada, pengarah, pegawai, kakitangan, dan jika sesuai, rakan perniagaan, tidak mahu melanggar standard profesional atau etika di bawah menerima arahan atau tekanan dari pegawai atasan, begitu juga pengarah, pegawai, kakitangan dan jika sesuai, rakan perniagaan, mahu melaporkan perlanggaran undang-undang atau standard profesional atau etika yang berlaku dalam syarikat, dengan suci hati dan alasan yang munasabah; dan
    3. Mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai respons kepada aduan.
  12. Semakan secara berkala terhadap program etika dan pematuhan, direka untuk menilai dan meningkatkan kecekapan dalam mencegah dan mengesan rasuah asing, dengan mengambil kira pembangunan yang relevan dalam bidang tersebut, dan dengan kemunculan standard antarabangsa dan industri.

B) TINDAKAN OLEH ORGANISASI PERNIAGAAN DAN PERTUBUHAN PROFESIONAL

Organisasi perniagaan dan persatuan pakar boleh memainkan peranan penting dalam membantu syarikat-syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana, dalam membangunkan kawalan dalaman, etika dan program pematuhan atau langkah-langkah yang efektif bagi tujuan mencegah dan mengesan rasuah asing. Sokongan seperti ini adalah termasuk, antaranya:
  1. Penyebaran maklumat mengenai isu rasuah asing, termasuk perkembangan yang relevan dalam forum antarabangsa dan serantau, dan akses kepada pusat data yang relevan;
  2. Menyediakan latihan, pencegahan, due diligence, dan alat pematuhan yang lain;
  3. Nasihat umum mengenai bagaimana nak jalankan due diligence; dan
  4. Nasihat umum dan sokongan menentang peras ugut dan permintaan.
OECD mengesyorkan supaya memberi tumpuan terhadap 12 prinsip panduan amalan baik dan melaksanakan di syarikat:
  1. Komitmen dari atas ke bawah (Tone at the top)
  2. Polisi Anti-Rasuah
  3. Pematuhan adalah tanggungjawab semua orang
  4. Tugas pegawai kanan
  5. Bidang rasuah
  6. Kuasa manusia
  7. Dokumentasi perakaunan yang tepat
  8. Berkomunikasi dan latihan
  9. Ganjaran dan sokongan
  10. Mewujudkan prosedur akibat dan disiplin
  11. Mengendali aduan dalaman dan penyiasatan
  12. Sentiasa mengemaskini dan semak semula polisi
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
49
Minggu Ini
134
Bulan Ini
637

Keseluruhan
3428802