BRITISH STANDARD 10500

 

LATAR BELAKANG
Undang-undang anti rasuah semakin ketat di seluruh dunia dan rasuah disedari sebagai salah satu risiko perniagaan, banyak organisasi telah mengambil serius terhadap anti rasuah dalam menjalankan perniagaan mereka. Persepsi masyarakat adalah mustahak bagi syarikat, terutamanya mereka yang beroperasi secara global. Masyarakat juga membuat persempadanan jelas antara syarikat yang beretika dan tidak beretika.

Akta Rasuah UK 2010 (UK Bribery Act 2010) telah menyakini peniaga untuk mengambil tindakan munasabah bagi memastikan rakan perniagaan dan vendor mematuhi langkah-langkah ini. Oleh itu, BS 10500 telah dibentuk untuk membantu syarikat supaya mengikut kehendak perundangan akta kepada langkah-langkah yang praktikal. Ianya boleh dilaksanakan dalam cara yang wajar dan seimbang mengikut saiz organisasi itu dan juga risiko rasuah yang mereka hadapi.

Standard BS 10500 juga memberi kuasa kepada syarikat untuk mengenal pasti risiko dan buktikan bahawa syarikat mempunyai kawalan anti rasuah yang betul dilaksanakan dalam perniagaannya dan juga seluruh rangkaian bekalan syarikat disahkan secara bebas oleh pihak ketiga seperti BSI. BS 10500 adalah direka untuk membantu organisasi bagi membuktikan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) bahawa mereka mempunyai amalan anti rasuah yang kuat dan ia dilaksanakan secukupnya.

Manakala syarikat boleh memasukkan kesalahan-kesalahan lain seperti penipuan, anti trust/persaingan dan pengubahan wang haram dalam penilaian risiko mereka, BS 10500 hanya berkenaan dengan rasuah sahaja.

 

LARANGAN BS 10500

BS 10500 membawa banyak kebaikan kepada semua syarikat tidak kira saiznya. Dengan membenarkan syarikat untuk respon kepada permintaan pelanggan bagi membuktikan langkah-langkah anti rasuah, sistem pengurusan pematuhan BS 10500 boleh meningkatkan keyakinan perniagaan syarikat, reputasi dan pertumbuhan pada masa depan. Ia juga membantu syarikat dalam perkara seperti berikut :
  • Tunjuk pematuhan kepada undang-undang anti rasuah dan memberi ketenangan fikiran kepada pihak yang berkepentingan dan pelanggan
  • Pastikan pembekal komited kepada amalan terbaik anti rasuah
  • Pantau dan uruskan risiko sepanjang perniagaan dan rangkaian pembekal berkaitan
  • Penuhi kehendak pihak berkepentingan untuk langkah-langkah anti rasuah yang mencukupi
  • Dapatkan peluang untuk meningkatkan efisiensi semua amalan kerja
  • Kurangkan risiko – mengurus risiko yang boleh dihadapi oleh organisasi dengan mengesan dan mengenal pasti risiko terlebih dahulu
  • Amalan baik – menguruskan dan meningkat amalan anti rasuah secara berterusan
 BS 10500 adalah berguna kepada organisasi dalam keadaan berikut :-
  • Membantu memberi jaminan kepada lembaga dan pemegang saham syarikat  sesebuah organisasi bahawa organisasi telah melaksanakan amalan baik kawalan anti rasuah.
  • Pemaju projek atau pembiaya projek boleh minta kontraktor, pembekal dan konsultan yang membina projek supaya menyediakan pengesahan BS 10500 sebagai bukti pelaksanaan kawalan anti rasuah dalam orgnanisasi mereka.
  • Organisasi boleh minta sub kontraktor utama, pembekal dan konsultan untuk menyediakan bukti pensijilan BS 10500 sebagai sebahagian daripada proses kelulusan rangkaian pembekal (sama seperti keperluan bukti pensijilan ISO 9001 dan sebagainya).
 BS 10500 hanya terpakai kepada rasuah. Ia tidak boleh digunapakai kepada kesalahan-kesalahan jenayah yang lain seperti penipuan, anti trust/pesaingan dan pengubahan wang haram, namun organisasi boleh memilih untuk memperluaskan skop Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti-Bribery Management System) dengan memasukkan kesalahan-kesalahan ini.

UNDANG-UNDANG DAN PROSEDUR BERKAITAN

1. Akta Anti Rasuah 2010 UK (UK Anti-Bribery Act 2010)
Rujuk dokumen di bawah.
2. Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti Bribery Management System) (ABMS)
Terdapat 6 prinsip ABMS seperti berikut:
a. Prosedur seimbang (Proportionate procedure)
Prosedur organisasi komersial untuk mencegah rasuah oleh orang yang ada hubungan dengannya adalah seimbang dengan risiko rasuah yang dihadapi dan juga sifat, skala dan kerumitan aktiviti komersial organisasi itu. Ia juga jelas, praktikal, mudah dicapai, dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara berkesan. Terma “prosedur” digunakan dalam panduan ini merangkumi polisi pencegahan rasuah dan prosedur melaksanakannya. Polisi organisasi menyatakan pendirian anti rasuah organisasi berkenaan, menunjukkan cara ia akan dikendalikan dan bantu untuk membentuk budaya anti rasuah. Oleh itu langkah-langkah pencegahan rasuah amat diperlukan, tetapi ia tidak akan mencapai objektif melainkan ia dilaksanakan dengan betul. Panduan lanjut mengenai pelaksanaan langkah-langkah pencegahan rasuah disediakan dalam prinsip 2 – 6 (ABMS).
b. Komitmen Pengurusan Tinggi
Komitmen pengurusan tinggi sesebuah organisasi komersial (samada lembaga pengarah, pemilik atau mana-mana badan atau individu) adalah amat diperlukan dalam mencegah rasuah yang dilakukan oleh mereka yang berkaitan dengannya. Budaya bahawa organisasi tidak menerima kelakuan rasuah perlu dipupuk. Merekalah dalam kedudukan terbaik dalam hierarki organisasi bagi memupuk budaya integriti yang mana amalan rasuah tidak boleh sama sekali diterima. Tujuan prinsip ini adalah untuk menggalak penglibatan pengurusan tinggi dalam menentukan prosedur pencegahan rasuah. Ia juga mendorong penglibatan pengurusan tinggi dalam sebarang keputusan penting yang berkaitan dengan risiko rasuah mengikut kesesuaian struktur pengurusan organisasi berkenaan.
c. Penilaian Risiko
Organisasi komersial menilai sifat dan tahap pendedahan kepada semua risiko baik dalaman atau luaran yang mungkin dihadapi dan risiko rasuah yang dilakukan oleh orang yang ada hubungan dengannya. Penilaian ini dijalankan secara berkala, dimaklumkan dan didokumenkan. Bagi banyak organisasi komersial, prinsip ini akan muncul sebagai sebahagian daripada penilaian risiko am berkaitan dengan objektif perniagaan yang dijalankan. Bagi lain-lain, pemakaiannya boleh menghasilkan satu penilaian risiko rasuah yang spesifik dan boleh berdiri sendiri (standalone). Prinsip ini bertujuan untuk mempromosikan pemakaian penilaian risiko yang seimbang dengan saiz organisasi, struktur dan sifat, skala dan lokasi aktivitinya. Walau apa-apa langkah pun yang dipakai, pemahaman mengenai risiko rasuah yang dihadapi oleh organisasi membuat usaha mencegah rasuah lebih berkesan.
d. Usaha Wajar (Due Diligence)
Organisasi komersial menjalankan prosedur usaha wajar, mengambil pendekatan keseimbangan dan berasaskan risiko, dalam hal pihak yang melaksanakan atau akan melaksanakan perkhidmatan bagi atau wakil kepada organisasi, agar dapat mengurangkan risiko rasuah yang telah dikenal pasti. Usaha wajar telah pun ditetapkan sebagai satu elemen amalan baik tadbir urus dan telah diunjurkan bahawa usaha wajar yang berkaitan dengan pencegahan rasuah akan sering menjadi sebahagian daripada rangka kerja usaha wajar yang lebih luar.  Prosedur usaha wajar adalah satu bentuk penilaian risiko rasuah (lihat Prinsip 3) dan juga kaedah untuk mengawal risiko. Sebagai contoh, sebuah organisasi komersial boleh mengenal pasti risiko bahawa adalah kebiasaan bagi organisasi menjalankan perniagaan dengan bergantung kepada pengantara pihak ketiga. Usaha wajar terhadap bakal pengantara pihak ketiga yang spesifik boleh secara signifikannya mengurang risiko. Memandangkan usaha wajar amat penting dalam menangani rasuah, maka berpatutan untuk usaha wajar dijadikan sebagai satu Prinsip yang tersendiri.
e. Komunikasi (termasuk latihan)
Organisasi komersial berusaha memastikan polisi dan prosedur pencegahan rasuah diterapkan dan difahami oleh seluruh organisasi melalui komunikasi dalaman dan luaran, termasuk latihan yang bersesuaian dengan risiko yang di hadapi. Komunikasi dan latihan menyekat rasuah yang dilakukan oleh orang yang berkaitan dengan meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai prosedur organisasi komersial dan komitmen organisasi terhadap pemakaian yang betul. Maklumat yang senang dicapai dapat membantu pemantauan, penilaian dan semakan prosedur pencegahan rasuah yang berkesan. Latihan memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan prosedur organisasi dan berurusan dengan sebarang masalah atau isu berkaitan dengan rasuah yang boleh timbul.
f. Pemantauan dan semakan
Organisasi komersial pantau dan semak prosedur yang dibentuk bertujuan mencegah rasuah yang dilakukan oleh orang yang berkaitan dengannya dan membuat penambahbaikan apabila perlu. Risiko rasuah yang dihadapi oleh organisasi komersial boleh berubah mengikut masa, begitu juga dengan sifat dan skala aktivitinya, maka prosedurnya juga perlu berubah untuk menangani risiko tersebut. Oleh itu, organisasi akan mengambil langkah untuk pantau dan nilai keberkesanan prosedur-prosedur pencegahan rasuah mereka dan membuat sebarang perubahan di mana perlu. Selain daripada pemantauan secara berkala, organisasi perlu menyemak proses dalam menangani pelbagai keadaan, seperti perubahan dalam kerajaan di negeri mereka beroperasi, kejadian rasuah yang berlaku atau laporan akhbar yang negatif.

KES STUDI: Balfour Beatty (Reason for interest in BS 10500)

LATAR BELAKANG

  • Balfour Beatty menjalankan perniagaan di beberapa wilayah yang berisiko sederhana dan tinggi. Lembaga dan pengurusan Balfour Beatty berazam untuk memastikan syarikat mempunyai prosedur yang mencukupi supaya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi rasuah.
  • Balfour Beatty percaya bahawa mereka telah melaksanakan program pematuhan anti-rasuah yang selaras dengan amalan terbaik antarabangsa bagi alasan-alasan berikut:
    • Menerokai bagaimana BS 10500 digunakan oleh badan luar yang berkelayakan untuk akses dan melaksanakan program pematuhan anti-rasuah syarikat.
    • Sebagai sumbangan positif kepada pembangunan amalan baik anti rasuah.


PENILAIAN PROGRAM ANTI RASUAH TERHADAP BS10500

  • Ketua Etika dan Pematuhan dan Ketua Pengurusan Risiko & Jaminan Balfour Beatty membincangkan setiap keperluan BS 10500 dengan Perunding yang dilantik oleh BSI serta membandingkan polisi dan prosedur syarikat dengan keperluan BS 10500.
  • Balfour Beatty mematuhinya, berasaskan penilaian dan yakin bahawa program pematuhan anti-rasuahnya adalah konsisten dalam semua aspek dengan keperluan standard tersebut:
    • Balfour Beatty mempunyai polisi anti-rasuah yang jelas dan telah disampaikan kepada kakitangan, pelanggan dan rangkaian pembekalnya serta memaparkannya dalam laman web syarikat.
    • Lembaga syarikat dan pegawai pengurusan secara aktif memimpin pelaksanaan polisi ini.
    • Syarikat mempunyai satu Jawatankuasa Lembaga. Mereka bermesyuarat tiga kali setahun dan menyemak pelaksanaan polisi dan prosedur anti-rasuah. Mesyuarat juga dihadiri oleh Ketua Etika & Pematuhan dan pengurus eksekutif lain yang berkaitan.
    • Ketua Etika & Pematuhan adalah bertanggungjawab untuk memastikan syarikat melaksanakan polisi dan prosedur anti-rasuah mereka dengan berkesan.
    • Balfour Beatty melaksanakan penilaian risiko dan prosedur usaha wajar (due diligence) semasa perlantikan agen, rakan usaha sama, sub kontraktor dan pembekal, begitu juga sebelum mengeluarkan tender untuk projek di pasaran berisiko rasuah sederhana atau tinggi.
    • Pihak syarikat juga memanfaatkan kawalan kewangan, komersial dan pembelian bagi membantu memantau dan mengawal risiko rasuah berkaitan dengan transaksi.
    • Kawalan berkaitan dengan hadiah dan hospitaliti juga ditetapkan, manakala pembayaran fasilitasi adalah dilarang.
    • Mereka mempunyai fungsi audit dalaman yang bertanggungjawab untuk audit pematuhan, dan juga audit kewangan dan kawalan komersial.
    • Talian bantuan pemberi maklumat ditadbir secara luaran telah dihebahkan seluasnya kepada kakitangan dan pihak yang berkaitan. Aduan berkenaan kepada program pematuhan syarikat akan dirujuk kepada Ketua Etika & Pematuhan dan perlu disiasat mengikut prosedur penyiasatan syarikat.
    • Pihak syarikat mengendalikan rekod mengenai program anti rasuah dan mana-mana isu pematuhan yang timbul. Rekod termasuk perkara seperti langkah diambil untuk melaksanakan program anti rasuah, latihan yang disediakan, hadiah dan hospitaliti yang diberi dan diterima, usaha wajar yang dijalankan, dan menggantung beberapa cara menjalankan perniagaan di negara yang mempunyai risiko rasuah yang tinggi.

PENGAJARAN

Hasil daripada penilaian, Balfour Beatty mendapati bahawa:

  • BS 10500 dilihat sebagai satu alat yang sesuai untuk menilai sistem pengurusan anti-rasuah syarikat seperti Balfour Beatty.
  • Tidak ada banyak perbezaan antara kehendak BS 10500 dan program pematuhan anti-rasuah yang dilaksanakan oleh Balfour Beatty.
  • Kajian rintis menunjukkan bahawa BS 10500 berfungsi dengan baik semasa dipraktiskan dan boleh digunakan untuk menilai pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah oleh syarikat.

Rujukan: BSI Case Study

 

DOKUMEN

  • Akta Rasuah 2010 (The Bribery Act 2010) – Panduan
  • BS 10500 – Anti Rasuah UK
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
55
Minggu Ini
124
Bulan Ini
964

Keseluruhan
3429129