AKTA RASUAH UNITED KINGDOM 2010

 

RINGKASAN

Akta Rasuah UK 2010 (UK Bribery Act 2010) dianggap sebagai salah satu undang-undang pencegahan rasuah yang paling ketat di dunia, dan ia sekaligus telah memansuhkan semua peruntukkan undang-undang berkanun dan undang-undang biasa (common law) berkaitan dengan rasuah yang lama dan lapuk. Sebelum ia berkuatkuasa, Akta anti rasuah Britain adalah berasaskan kepada akta yang telah lebih satu abad diguna pakai – Akta Amalan Rasuah Badan Awam 1889 (Public Bodies Corrupt Practices Act 1889) dan juga undang-undang rasuah lain yang lama – Akta Pencegahan Rasuah 1906 (Prevention of Corruption Act 1906) dan 1916. Satu kes rasuah industri pembinaan pada tahun 1970 telah mendesak kerajaan mengubah perundangan Britain. Tetapi usaha-usaha mengubah hanya mula terlaksana semasa John Major menjadi Perdana Menteri dan telah membuat cadangan dalam laporan Jawatankuasa Standard dalam Kehidupan Awam (Committee on Standards in Public Life) yang ditubuhkan pada tahun 1994.

Pada tahun 1997 satu draf kertas konsultansi telah diterbitkan oleh Pejabat Dalam Negeri (Home Office), membincangkan pindaan undang-undang anti rasuah diikuti oleh laporan Suruhanjaya Undang-undang tahun berikutnya. Ia mengambil masa selama lapan tahun dari draf rang undang-undang pertama disebutkan dalam Ucapan Permaisuri (Queen’s Speech) pada tahun 2002 sehingga Akta Rasuah UK 2010 terima perkenan DiRaja pada 2010 dan kemudiannya dikuatkuasakan pada bulan Julai 2011.

Akta ini meliputi tiga (3) kategori kesalahan:

1. Kesalahan korporat kerana gagal mencegah rasuah 
  • Kesalahan liabiliti ketat (strict liability offense) yang bermaksud bahawa ia hanya perlu membuktikan bahawa defendan adalah bersalah atas perbuatannya, tanpa mengira niat jenayah atau keadaan mental defendan semasa melakukan perbuatan tersebut.

2. Rasuah pegawai awam negara asing (Bribing of foreign public official)

  • Sama seperti Akta Amalan Rasuah Negara Asing (Foreign Corrupt Practices Act), adalah satu kesalahan apabila merasuah seseorang pegawai awam negara asing untuk tujuan mendapatkan dan/atau mengekalkan kerja.

3. Kesalahan umum rasuah komersial (General commercial bribery offense)

  • Akta Rasuah UK 2010 adalah lebih luas daripada FCPA Amerika Syarikat dan meliputi rasuah peringkat swasta dengan cara kesalahan rasuah komersial. Tidak seperti FCPA yang hanya meliputi rasuah pegawai awam, Akta Rasuah UK 2010 menetapkan bahawa adalah menjadi kesalahan jenayah apabila bayaran rasuah dibuat kepada orang yang bekerja di sektor swasta (rasuah komersial). Di samping itu, mana-mana orang yang melakukan sesuatu fungsi dan/atau tugas dengan tidak betul (inappropriately) dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan dianggap telah melakukan kesalahan jenayah komersial.

Ia perlu diingatkan bahawa tidak seperti FCPA Amerika Syarikat, tidak ada pengecualian untuk bayaran fasilitasi (facilitation payment) di bawah Akta Rasuah UK 2010. Pejabat Kesalahan Berat (Serious Fraud Office) adalah bertanggungjawab bagi penguatkuasaan Akta Rasuah UK 2010 dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran persaingan adil di UK bagi syarikat yang mematuhi undang-undang.

TUJUAN DAN SKOP

Rasuah melemahkan demokrasi dan perlaksanaan undang-undang, lantas menjadikannya satu ancaman serius bagi mengekalkan perkembangan ekonomi di rantau ekonomi sedang membangun atau yang baru muncul; dan juga terhadap operasi dalam pasaran bebas secara umumnya. Akta Rasuah UK 2010 bertujuan mengambil tindakan atas ancaman tersebut dan menangani rasuah yang boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Ia menyediakan kesalahan yang berat (robust offences), mahkamah kuasa hukuman lebih tinggi (hukuman maksimum kesalahan rasuah dilakukan oleh individu ditingkatkan daripada 7 tahun penjara ke 10 tahun) dan kuasa kehakiman yang luas.

Akta ini meliputi England, Wales, Scotland dan Ireland Utara (the United Kingdom). Dalam hal-hal berhubung rasuah, Akta ini memperuntukkan seksyen utama meliputi kesalahan dan menyampaikan pembetulan (deliver rectifications):

1. Seksyen 1 & 2 : Meliputi kesalahan rasuah umum

2. Seksyen 6 : Meliputi kesalahan rasuah pegawai awam negara asing

3. Seksyen 7 : Kegagalan organisasi komersial mencegah rasuah

4. Seksyen 9 : Meliputi nota panduan untuk organisasi komersial mencegah rasuah

5. Seksyen 10 & 11 : Menggariskan pendakwaan dan penalti

Akta ini mewujudkan kesalahan baru dalam seksyen 7 bahawa organisasi perlu sedar dan membuat pertimbangan sewajarnya apabila menjalankan perniagaan dalam dan dengan UK. Suatu kesalahan telah yang dilakukan oleh organisasi komersial yang gagal mencegah orang yang ada kaitan dengan mereka daripada melakukan rasuah bagi pihak mereka. Ia adalah satu PEMBELAAN penuh (full defence) untuk organisasi membuktikannya, meskipun satu kes rasuah, mereka ada prosedur dan kawalan dalaman yang mencukupi untuk mencegah orang yang berkaitan itu daripada melakukan rasuah.

Merujuk kepada kesalahan di atas, Akta ini juga menyediakan nota panduan dalam Seksyen 9, dalam bentuk enam (6) prinsip panduan bagi mencegah kesalahan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7 daripada berlaku.

BIDANG KUASA

  1. Akta meliputi kedua-dua aktiviti swasta dan awam seperti dalam Seksyen 14, Akta Rasuah UK 2010 (UK Bribery Act 2010)
    • Seksyen 14 – Kesalahan di bawah Seksyen 1, 2 dan 6 oleh badan korporat dan lain-lain.
    • Seksyen 14(1) – Seksyen ini pakai jika kesalahan di bawah Seksyen 1, 2 atau 6 dilakukan oleh badan korporat atau rakan niaga Scotland.

  2. Mahkamah UK mempunyai bidang kuasa atas rasuah yang dilakukan di luar UK di mana orang yang melakukan kesalahan itu adalah warganegara UK atau residen biasa di UK, badan yang ditubuhkan di UK atau rakan niaga Scotland seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3, Akta Rasuah UK 2010.
    • Seksyen 3(6) – Fungsi atau aktiviti adalah fungsi atau aktiviti relevan jika :-
      1. Tiada mempunyai apa-apa hubungan dengan United Kingdom, dan
      2. Ia dilakukan di negeri atau kawasan di luar United Kingdom.

  3. Mana-mana syarikat termasuk syarikat antarabangsa yang mempunyai perniagaan di UK adalah tertakluk kepada Seksyen 7 dan Seksyen 7(5) Akta Rasuah UK 2010 yang menyatakan bahawa :
    • Seksyen 7 – Kegagalan orgnaisasi komersial untuk mencegah rasuah
    • Seksyen 7(5) – Firma atau entiti yang mempunyai sifat yang serupa yang ditubuhkan di bawah undang-undang sesuatu negara atau di luar kawasan United Kingdom.

Bagi tujuan seksyen ini, dagangan atau profesion adalah satu perniagaan.

LARANGAN POLISI

Akta ini mengandungi dua (2) kesalahan umum yang meliputi tawaran, janji atau memberikan rasuah (rasuah aktif) dan permintaan, bersetuju untuk terima atau menerima rasuah (rasuah pasif) dalam Seksyen 1 dan 2 masing-masing.

Ia juga menetapkan dua lagi kesalahan yang khusus bagi menangani rasuah komersial. Seksyen 6 Akta menwujudkan suatu kesalahan berkaitan dengan rasuah pegawai awam asing bagi mendapat atau mengekalkan perniagaan atau sebagai suatu kelebihan dalam menjalankan perniagaan, dan Seksyen 7 mewujudkan satu bentuk korporat liabiliti kerana kegagalan untuk mencegah rasuah bagi pihak organisasi komersial.

  1. Kesalahan Rasuah – Merasuah dan di rasuah (Seksyen 1 dan 2)

    • Akta menggabungkan undang-undang biasa (Common Law) dan perundangan UK berkaitan dengan rasuah kepada dua kesalahan umum
      • Memberi rasuah: adalah satu kesalahan kerana menawar, janji atau memberi kepentingan kewangan atau lain bagi tujuan melakukan sesuatu fungsi atau aktiviti tidak betul (improper).
      • Menerima rasuah: adalah satu kesalahan kerana meminta, setuju atau menerima kepentingan kewangan atau lain bagi tujuan melakukan sesuatu fungsi atau aktiviti tidak betul atau meminta, setuju atau menerima ganjaran kerana melakukannya.

    • “Perbuatan tidak betul” adalah sesuatu yang bercanggah dengan jangkaan berniat baik atau kesaksamaan atau perlanggaran satu kedudukan amanah. Seseorang di UK yang munasabah menjangkakan suatu ujian samada satu aktiviti dijalankan secara tidak betul. Sekiranya aktiviti berkenaan berlaku di luar negara, maka mana-mana kastam tempatan tidak diambil kira sehingga diberikan kebenaran bertulis daripada perundangan negara berkenaan.
    • Dalam setiap kes, adalah bertujuan untuk membawa kepada perbuatan tidak betul yang merupakan elemen utama kepada kesalahan.

  2. Rasuah Pegawai Awam Asing (Seksyen 6)

    • Akta juga memperkenalkan kesalahan baru iaitu menawarkan, janji atau memberi kepentingan kewangan atau lain-lain kebaikan kepada pegawai awam asing di mana kebaikan seperti ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai kepada pegawai tersebut.
    • Pemberi rasuah itu mesti berniat bahawa kebaikan yang diberikan atau ditawarkan akan mempengaruhi pegawai awam negara asing itu melaksanakan tugasannya sebagai penjawat awam dan mesti berniat untuk mendapatkan kerja atau mendapatkan kelebihan dalam perniagaan.
    • Definisi “pegawai awam negara asing” adalah luas dan termasuk mereka yang bekerja untuk organisasi antarabangsa.

  3. Kegagalan organisasi komersial untuk mencegah rasuah (Seksyen 7)

    • Organisasi komersial melakukan kesalahan di bawah Akta ini jika seseorang yang berkaitan dengannya merasuah orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan atau mengekalkan samada kerja atau kelebihan dalam perniagaan untuk organisasi itu.
    • “Orang yang berkaitan” dengan organisasi ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang melakukan perkhidmatan bagi pihak organisasi; mereka boleh individu atau entiti perniagaan, dan termasuk pekerja, agen atau subsidiari.
    • Organisasi komersial mempunyai pembelaan liabiliti sepenuhnya jika mereka boleh tunjukkan bahawa mereka telah mempunyai “prosedur yang mencukupi” bagi mencegah rasuah. Maklumat lanjut mengenai prosedur mencukupi itu dirumuskan seperti di bawah ini dan dijelaskan dalam Seksyen 9.

  4. Pendakwaan dan penalty (Seksyen 10 dan 11)

    • Seksyen 11 menjelaskan penalti bagi individu dan syarikat yang didapati bersalah kerana melakukan jenayah. Sekiranya individu didapati bersalah kerana kesalahan rasuah, dibicara sebagai kesalahan ringkasan/terus (summary offence), mereka boleh dipenjara selama 12 bulan dan denda sebanyak £5,000. Seseorang yang didapati bersalah atas pendakwaan ke atasnya, bagaimanapun, boleh menghadapi penjara selama 10 tahun dan denda tanpa had. Organisasi komersial melakukan kesalahan kerana gagal untuk mencegah rasuah boleh dihukum dengan denda tanpa had. Selain itu, individu atau organisasi yang disabitkan kesalahan boleh tertakluk kepada perintah rampasan di bawah Akta Hasil Perbuatan Jenayah 2002.

  5. Rasuah lawan hospitaliti

    • Memandangkan Akta ini dibentuk bagi menghukum perasuah, sudah tentu perbuatan hospitaliti tulen dengan mudah dirangkumi dalam Akta ini.
    • Perbezaan penting antara hospitaliti tulen yang dibenarkan di bawah Akta dan rasuah yang diselindungi di sebalik hospitaliti adalah niat untuk mendapatkan kepentingan.
    • Niat seseorang di sebalik perbuatannya itu sukar untuk ditentukan. Dalam keadaan ketiadaan keterangan langsung, pendakwaan akan menimbang beberapa faktor tetapi akan mendahulukan kewajaran dan keseimbangan tindakan hospitaliti yang disediakan bersama dengan kebiasaan industri bagi membantu menentukan samada syarat niat itu wujud.

RESOLUSI

Prosedur mencukupi untuk mencegah rasuah (Seksyen 9)

Kementerian Kehakiman UK telah menerbitkan panduan untuk pertimbangan dan pelaksanaan organisasi komersial bagi mencegah kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Rasuah UK 2010, dan mencegah rasuah daripada berlaku. Panduan adalah dalam enam (6) bentuk prinsip panduan. Ia perlu diingatkan walaupun prinsip ini tidaklah prekrisptif, adalah mustahak untuk mengenal pasti risiko, faktor menanganai rasuah dan juga langkah-langkah pencegahan.

  • Prosedur seimbang – prosedur yang diguna pakai hendaklah seimbang dengan risiko yang dihadapi.
  • Komitmen peringkat tertinggi – syarikat hendaklah mengamalkan budaya toleransi sifar (zero tolerance) melalui komitmen pengurusan tertinggi.
  • Penilaian risiko – syarikat hendaklah mengenal pasti risiko rasuah dan beri keutamaan kepada kawasan yang berisiko tinggi.
  • Usaha wajar (due dilligence) – syarikat perlu mengambil tindakan sewajarnya apabila mengadakan perhubungan atau pasaran yang berisiko rasuah.
  • Komunikasi – polisi syarikat hendaklah disampaikan kepada semua pihak dengan jelas, disokong dengan latihan yang sesuai dan prosedur pelaporan /speak up.
  • Pemantauan dan semakan – prosedur sedia ada hendaklah disemak dan dikemaskini mengikut risiko syarikat yang berubah dari semasa ke semasa. PERBEZAAN ANTARA AKTA RASUAH UK 2010 (UK BRIBERY ACT 2010) dan AKTA AMALAN RASUAH PEGAWAI ASING UNITED STATE (FCPA) Adalah mustahak bagi organisasi yang beroperasi dari Amerika Syarikat, UK atau seluruh dunia dan organisasi yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat atau UK memahami perbezaan utama antara Akta Rasuah UK 2010 dan FCPA. Perbezaan utama dirumuskan seperti di bawah:

 Peruntukkan    
                          
                FCPA                                          Akta Rasuah UK 2010                                        
Siapakah dirasuah? Hanya rasuah (“apa-apa yang bernilai”) dibayar atau ditawar kepada “pegawai asing” dilarang.
Melarang rasuah diberi kepada mana-mana orang untuk memujuk mereka supaya melakukan sesuatu perbuatan tidak betul (tidak terhad kepada pegawai asing)

Kelebihan yang diperolehi

Pembayaran mestilah untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan.

Berfokus kepada tindakan yang tidak betul daripada
perhubungan perniagaan(kecuali dalam kes korporat liabiliti ketat)
Kesalahan aktif lawan kesalahan pasif Hanya perbuatan pembayaran dilarang dan bukannya penerimaan pembayaran. 
Terdapat dua kesalahan: (1) kesalahan memberi rasuah orang lain (kesalahan aktif) dan kesalahan diberikan rasuah (kesalahan pasif). 

Liabiliti korporat ketat (corporate strict liability)

Liabiliti ketat hanya di bawah peruntukan perakaunan bagi syarikat awam (kegagalan untuk mengendalikan sistem kawalan dalaman yang mencukupi)

Kesalahan liabiliti ketat terhadap organisasi komersial yang gagal untuk mencegah rasuah (tertakluk kepada  pembelaan mempunyai prosedur mencukupi bagi mencegah rasuah)
Bidang kuasa
Syarikat dan warga negara Amerika Syarikat, syarikat asing yang disenaraikan dalam Bursa Saham Amerika Syarikat, atau tindakan mana-mana orang ketika berada di Amerika Syarikat. 
Individu yang merupakan warga United Kingdom atau yang tinggal di UK dan organisasi yang ditubuhkan atau menjalankan sebahagian daripada perniagaan mereka di UK.
Perbelanjaan mempromosikan perniagaan
Pembelaan afirmatif untuk perbelanjaan munasabah dan bona fide yang berkaitan langsung dengan promosi perniagaan atau prestasi kontrak. 
Tiada pembelaan sama (tetapi boleh dikatakan perbelanjaan tersebut  bukanlah tidak betul maka tidak melanggar Akta ini)

Perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang tempatan

Pembelaan afirmatif sekiranya pembayaran dibenarkan di bawah undang-undang bertulis atau peraturan negara asing berkenaan 

Tiada perlanggaran jika  dibenarkan di bawah undang-undang bertulis negara asing berkenaan (hanya terpakai dalam kes rasuah yang melibatkan pegawai asing; sebaliknya satu faktor yang perlu ditimbangkan)
Bayaran permudahkan (facilitating payments)
Pengecualian kepada bayaran yang dibuat kepada pegawai negara asing untuk mempercepatkan atau mendapatkan pelaksanaan tindakan harian kerajaan (bukan budi bicara) 
Tiada pengecualian kepada bayaran permudahkan, walaupun panduan berkemungkinan menyatakan bahawa pembayaran dalam jumlah yang kecil mungkin tidak didakwa
Penguatkuasaan sivil / jenayah
Kedua-dua prosiding sivil dan jenayah boleh dibawa oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) dan juga Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC)
Penguatkuasaan jenayah hanya boleh dibuat oleh Serious Fraud Office UK 
Penalti 
Rasuah: untuk individu, tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi $250,000; untuk entiti, denda sehingga $2juta.
 

 

Buku dan rekod/pelanggaran kawalan dalaman: untuk individu, tidak melebihi 20 tahun penjara dan denda tidak melebihi $5juta; untuk entiti, denda sehingga $25juta. Untuk individu, sehingga 10 tahun penjara dan berkemungkinan denda yang tiada had; bagi entiti, berkemungkinan denda tiada had.

CONTOH KES

MUNIR PATEL, KERANI MAHKAMAH DIPENJARA KERANA MENGAMBIL RASUAH

Seorang kerani mengambil rasuah semasa bertugas di satu mahkamah di London menjadi orang yang pertama disabit kesalahan di bawah Akta Rasuah UK 2010 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.

Latar Belakang
Munir Yakub Patel, umur 22 bekerja di Mahkamah Majistret Redbridge sebagai kerani pada masa kejadian dan didapati bersalah kerana kesalahan rasuah.

  • Patel, dari Green Lane, Dagenham, menerima £500 untuk elak merekodkan butiran saman lalu lintas dalam pangkalan data mahkamah.
  • Antara bulan Februari 2009 dan Ogos 2011, dia juga memberi nasihat kepada orang lain untuk mengelak daripada disaman atas kesalahan lalu lintas.
  • Patel mengaku salah terhadap satu tuduhan rasuah tetapi pihak pendakwa percaya dia telah mendapat sekurang-kurangnya £20,000 kerana membantu 53 orang pesalah.

 

Penalti
Patel dihukum penjara selama 3 tahun kerana kesalahan rasuah dan 6 tahun kerana salah laku sebagai penjawat awam yang mana dia juga mengaku bersalah di mahkamah (Southwark Crown Court). Dia akan menjalani dekua-dua hukuman secara serentak.

Pengajaran
  • Jawatan Patel sebagai kerani mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk memberi keyakinan orang awam terhadapnya.
  • Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Alistair Mc Creath memberitahu Patel bahawa kesalahan dia adalah “kesalahan pecah amanah yang besar”.
  • “Sistem kehakiman di mana pegawainya sanggup menerima rasuah bagi membenarkan pesalah melepaskan diri daripada tindakan sewajarnya diambil atas kesalahan mereka adalah satu perbuatan rasuah dan ia tidak layak untuk mendapat penghormatan orang awam dan tidak akan menarik penghormatan orang lain”.

DOKUMEN

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
48
Minggu Ini
238
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3428906