PENGALAMAN PESERTA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA DALAM PENGURUSAN RISIKO RASUAH YANG TELAH DIPERTINGKATKAN 

Mei 2015

 

Dalam beberapa bulan yang lepas, pasukan Enterprise Risk Management (ERM) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diketuai oleh Raja Khan Raja Ahmad, Ahmad Ariff Mahidin dan perunding Subject Matter Expert (SME) Teh Chau Chin, telah bekerja untuk menambahbaik Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management). Pasukan menggabungkan pendekatan ERM dalam kaedah CRM semasa.

CRM 2.0 yang baru dan ditambahbaik telah dibentuk berdasarkan ISO 31000:2009 Risk Management – Principles and Guidelines. Ciri-ciri dan kelebihan CRM 2.0 adalah:

  • Menyokong keperluan strategik pengurusan tertinggi
  • Guna pakai pendekatan top-down
  • Tertumpu pada risiko rasuah strategik dan signifikan
  • Tertumpu pada bidang yang berkepentingan dan nilai tinggi
  • Pendekatan yang praktikal dan diterima pakai
  • Keterlibatan “pelanggan”
  • Sediakan Bimbingan Tadbir Urus
  • Pendekatan pengukuran risiko yang lebih saintifik
  • Pengukuran risiko rasuah melalui impak dan kebarangkalian
  • Dibangunkan berdasarkan prinsip dan piawaian pengurusan risiko antarabangsa

Keistimewaan kaedah ini adalah dengan mengaitkan risiko rasuah kepada objektif strategik sesuatu entiti dan proses-proses utama. Ini membolehkan peluang mengenal pasti risiko rasuah berimpak besar kepada entiti dalam proses utama. 

Risiko rasuah diukur dan ditarafkan mengikut tahap risiko Tinggi (High), Signifikan (Significant), Sederhana (Moderate) dan Rendah (Low) dengan membandingkan impak dan kebarangkalian kejadian terhadap toleransi risiko entiti berkenaan. Pelan tindakan risiko rasuah disediakan berdasarkan penilaian risiko dengan memilih rawatan risiko, iaitu a) Batal (Terminate); b) Kurang (Reduce); c) Terima (Accept) atau d) Pindah (Pass-on), risiko berkenaan. Ini dapat menghasilkan pelan tindakan yang membolehkan pengurusan menangani risiko rasuah dalam organisasi serta mengambil tindakan untuk menghenti dan mencegah perlakuan rasuah. 

Ia merupakan satu peluang emas bagi pasukan ERM untuk menguji kaedah CRM 2.0 yang baru ini, apabila Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menjemput untuk memberi kursus pengurusan risiko rasuah kepada sekumpulan peserta tempatan dan antarabangsa.

Kursus ini telah menyentuh formula dan kaedah CRM 2.0 serta latihan amal dan sesi percambahan minda bagi memperkukuhkan lagi kemahiran peserta. Pendekatan kursus sebegini telah melibatkan peserta dalam kajian kes sebenar dan latihan kumpulan, pembangunan kemahiran termasuk penggunaan kaedah temu bual, mengendali bengkel CRM, mendapatkan penerimaan pengurusan tertinggi, serta penggunaan CRM dalam situasi sebenar. Secara ringkas, peserta bengkel telah dilengkapi dengan pengetahuan dan sumber agar dapat mengguna pakai CRM dengan baik dan praktikal apabila balik ke organisasi dan negara masing-masing.

Peserta kumpulan pertama terdiri daripada wakil beberapa negara seperti Botswana, Taiwan, Tanzania, Papa New Guinea serta wakil tempatan seperti Telekom Malaysia, CCM and ALAM. Kumpulan kedua adalah Agensi Pencegahan Rasuah Mesir yang diketuai oleh Setiausaha Bahagiannya. 

Dengan adanya sambutan baik dan pujian daripada peserta bengkel, CRM 2.0 bersedia untuk pasaran yang lebih besar. Pasukan SPRM yang terdiri daripada Raja Khan Raja Ahmad, Teh Chau Chin, Ahmad Ariff Haji Mahidin, Datin Radhika Nandrajog, Zakiah Hassan dan Halimah Md Shariff bersiap sedia membawa CRM 2.0 untuk menemui pelanggan sasarannya dalam sektor awam dan swasta.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
27
Minggu Ini
306
Bulan Ini
1042

Keseluruhan
3426198