FORUM BURSA

27 Jun 2015

 

Bursa Malaysia telah menganjurkan satu forum di mana kumpulan fokus telah ditubuhkan dan membincangkan beberapa perkara penting mengenai pelaporan kemampanan (sustainable reporting). Pasukan ACE Centre mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam forum telah menyuarakan keperluan untuk merangkumkan langkah-langkah pencegahan rasuah dalam pelaporan tersebut.

Forum ini bertujuan untuk mendapatkan input ahli-ahli kumpulan untuk pembangunan garis panduan dan toolkits pelaporan kemampanan bagi syarikat tersenarai. Sebagaimana yang telah dilaporkan, Bursa bermatlamat menyediakan lebih banyak panduan kepada syarikat tersenarai dalam mempraktis dan melaporkan kemampanan masing-masing.

Ahli-ahli kumpulan fokus terdiri daripada Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Transparency International Malaysia (TI-M), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Minority Shareholders Watchdog Group (MSWG) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
55
Minggu Ini
124
Bulan Ini
964

Keseluruhan
3429129