MAYBANK TERUS MARA

18 Jun 2015

 

Maybank yang merupakan salah satu bank yang utama di Malaysia, sesungguhnya memang memainkan peranan sebagai contoh tauladan di dalam industri kewangan. Dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia amat mengalu-alukan tindakan lanjutan Maybank untuk bertemu dan bertukar pandangan serta maklumat yang memungkinkan satu usaha menganalisa jurang perbezaan dalam mewujudkan satu rangka kerja pencegahan rasuah yang diperlukan dan boleh digunapakai bagi industri kewangan dan perbankan.  

Harapannya adalah untuk menjadikan Maybank sebagai contoh bagi amalan etika yang menerapkan inisiatif dan gerakan pencegahan rasuah dalam industri kewangan / perbankan.  

Maybank, yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat, sememangnya sedang bersiap sedia untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah badan korporat yang beretika.  Pasukan ACE Centre SPRM telah mula bekerjasama dengan pihak Maybank dalam usaha-usaha untuk mengenal pasti risiko dan penyelesaian ke arah pencegahan rasuah. Usaha ini adalah sebagai meningkatkan integriti sistem perbankan, yang mana mungkin menyentuh hal-hal tentang perubahan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan kawalan.  

Tujuan utamanya adalah ke arah penerapan unsur-unsur pencegahan rasuah yang menyeluruh dalam agenda korporat mereka.  Usaha berterusan dalam perancangan yang turut melibatkan perbincangan meja bulat, bengkel dan latihan serta sesi program kesedaran.  

Adalah menjadi harapan SPRM supaya pihak pengurusan turut membuat laporan kepada pihak berkepentingan mengenai inisiatif ini di samping memantau pelaksaanaan garis panduan mengikut strategi Maybank.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
48
Minggu Ini
238
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3428906