LANSKAP PENCEGAHAN RASUAH DAN PENGURUSAN RISIKO RASUAH

April 2015

 

Sebuah pasukan kerja daripada Suruhunanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyampaikan taklimat mengenai pelbagai aspek pencegahan rasuah kepada i2M Ventures Sdn Bhd. Taklimat tesebut merangkumi jenis rasuah, penyiasatan, kajian kes dan lanskap pencegahan rasuah dari sudut pandangan tempatan dan antarabangsa

Taklimat kepada pihak pengurusan i2M Ventures Sdn Bhd telah membincangkan Akta SPRM 2009 dan undang-undang dan peraturan yang lain untuk memberi perspektif tempatan mengenai rasuah, kepentingan undang-undang antarabangsa, penglibatan dana negara asing dan undang-undang dan peraturan, kes-kes yang telah diambil tindakan bawah Foreign Corrupt Practices Act dan UK Bribery Act 2010 serta akibat ketidakpatuhan undang-undang.

Mesej yang disampaikan adalah jelas bahawa pihak i2M dan perniagaan strategik i2M perlu bersiap sedia untuk menghadapi undang-undang Malaysia dan antarabangsa serta melabur dalam pengukuran pencegahan rasuah bagi memastikan sentiasa berurusan dengan rakan perniagaan dan dana yang bersih dan beretika.

I2M Ventures Sdn Bhd, sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad, ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pembangunan inisiatif promosi strategik pelaburan bagi sektor Perniagaan Perkhidmatan dan Perkongsian Perkhidmatan dan Outsourcing (SSO) di Nusajaya, Iskandar Malaysia.

Mandat utama i2M adalah untuk menarik minat korporat tempatan dan luar negara dalam segmen Perniagaan Perkhidmatan dan SSO untuk menubuhkan pusat di Nusajaya dan memudahkan urusan tersebut. Pembangunan segmen perniagaan yang disasarkan adalah penting dan strategic untuk kedudukan keseluruhan Nusajaya, Iskandar Malaysia, sebagai lokasi perniagaan yang utama di rantau ini.

Pada dasarnya, i2M beraspirasi untuk membentuk Iskandar Malaysia menjadi hab utama yang berpotensi untuk pasaran outsourcing di rantau ini.

i2M sebagai syarikat jenis corridor dan mengambil kira jenis perniagaan yang boleh menjadi daya tarikan kepada dana/pelaburan luar negara ke Malaysia, pihak pengurusan i2M ingin mengenali lanskap pencegahan rasuah daripada perspektif tempatan dan antarabangsa dengan lebih lanjut.

Pasukan kerja SPRM yang terdiri daripada wakil Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, iaitu Zakiah Hassan, Teh Chau Chin, Datin Radhika Nandrajog dan Mohd Hasraff Hashim; wakil Bahagian Pendidikan Masyarakat, iaitu Jayantha Kumar Sen Gupta dan Kanakaraja Muthusamy yang mewakili Bahagian Forensik.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
55
Minggu Ini
124
Bulan Ini
964

Keseluruhan
3429129