MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA GABUNGAN PENCEGAHAN RASUAH INDUSTRI PEMBINAAN

6 Ogos 2015

 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pelaksana (JKP) Memorandum Kerjasama Berkenaan Tadbir Urus, Integriti Dan Pencegahan Rasuah Dalam Industri Pembinaan yang pertama telah diadakan pada 6 Ogos 2015 di pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk membincangkan perancangan aktiviti bagi tiga tahun yang pertama sejak penubuhannya. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Dato' Sri Prof Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim, Ketua Eksekutif CIDB. Antara ahli mesyuarat yang hadir adalah wakil daripada Real Estate and Housing Developer Association (REHDA), Royal Institute of Surveyor Malaysia, Master Builders Association Malaysia, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam Swasta Malaysia (UKAS), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Puan Haslina Abdul Halim, wakil daripada CIDB dalam taklimat beliau telah menyatakan ahli JKP adalah seperti berikut:

 

Pengerusi Bersama – Ketua Eksekutif CIDB dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) 

Setiausaha – Pegawai CIDB

Ahli-ahli Tetap

  • Wakil Kementerian Kerja Raya
  • Wakil Jabatan Perdana Menteri
  • Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
  • Wakil IIM       
  • Wakil daripada setiap badan profesional dan persatuan dalam industri pembinaan

Ahli Jemputan 

  • Wakil industri pembinaan dan Kementerian/Agensi/Jabatan yang ditentukan oleh Menteri Kerja Raya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari semasa ke semasa dan/atau mana-mana orang/ pertubuhan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

Terma rujukan JKP telah diulangi dalam mesyuarat bagi memastikan ahli JKP memahami peranan masing-masing dalam jawatankuasa ini. Alan Kirupakaran, pegawai tadbir urus YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, dalam pembentangan beliau menyatakan aktiviti dan inisiatif dalam industri pembinaan yang akan diambil oleh MoC. Beliau juga menerangkan bahawa industri pembinaan adalah industri pertama yang dikenal pasti dan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) akan terus mengenal pasti industri lain pada masa yang akan datang, seperti  farmasi, kesihatan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Pasukan ACE Centre telah mewakili SPRM dalam mesyuarat JKP tersebut. Mesyuarat memperkenalkan ACE Centre dan menekankan objektif pusat ini sebagai pusat rujukan. ACE Centre telah berkongsi hasil kajian berkaitan dengan risiko rasuah dan cadangan penambahbaikan untuk mengatasi masalah rasuah dalam industri pembinaan. Hasil kajian ini diperolehi daripada penyelidikan, perbincangan secara tertutup dan perbincangan serta nasihat daripada industri pembinaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Wakil ACE Centre telah membentang hasil kajian ini dalam mesyuarat JKP bagi memperolehi pengesahan daripada industri pembinaan. Berikutannya, adalah dicadangkan bahawa sebagai sebahagian daripada pelan tindakan JKP, satu bengkel akan diadakan selepas mesyuarat JKP untuk pengesahan industri, sebarang penambahan atau menapis bidang risiko teras utama yang perlu diberi perhatian.

Pembentangan ACE juga telah mencadangkan Initiatives for Change dan matlamat, peranan dan tanggungjawab pengiat utama MoC.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
53
Minggu Ini
231
Bulan Ini
967

Keseluruhan
3426123