USAHA MENGENAL PASTI RASUAH DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

28 Ogos 2015

 

Anti-Corruption & Ethics (ACE) Centre telah menganjurkan satu mesyuarat dengan panel, pegawai Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dua orang jurutera di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan hasil kajian ACE Centre yang berkaitan dengan kawasan berisiko tinggi dalam industri pembinaan.

Hasil kajian ini diperolehi daripada penyelidikan, perbincangan secara tertutup dan perbincangan serta nasihat daripada industri pembinaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ekoran daripada perbincangan berkenaan, adalah dipertsetujui bahawa kajian lanjutan perlu dijalankan bagi memastikan pelbagai faktor diambilkira untuk tujuan pengesahan hasil kajian tersebut.

Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Puan Junipah binti Wandi, Ketua Pegawai Eksekutif ACE Centre. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Hj Yahya bin Hj Ahmad, seorang jurutera yang ditempatkan di Bahagian Operasi Khas SPRM; Sr Hj Hisham Badrul bin Haji Hashim, bekas jurutera Jabatan Kerja Raya dan pemilik syarikat perunding dan pegawai-pegawai Cawangan Pembinaan, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
45
Semalam
48
Minggu Ini
238
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3428906