Latar belakang

Cawangan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah kepada sektor swasta.

Takrifan swasta ialah mana-mana entiti yang terdiri daripada syarikat sendirian berhad,perniagaan perkongsian (partnership) dan milikan tunggal.( tidak termasuk syarikat swasta yang berkait dengan Kerajaan Persekutuan/Negeri).

Objektif

  1. Memberi kesedaran kepada sektor swasta tentang impak rasuah dan peranan sektor swasta untuk bersama mencegah dan memerangi rasuah.
  2. Melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah.
  3. Mendapat dan memelihara sokongan sektor swasta dalam memerangi rasuah.

Konsep

  • Mengadakan komunikasi dan juga keterlibatan bersama pihak swasta melalui pelbagai kaedah di dalam melaksanakan program-program pendidikan pencegahan rasuah untuk meningkatkan keyakinan masyarakat supaya bersama SPRM di dalam usaha-usaha memerangi rasuah.
  • Melatih dan menjadikan sektor swasta menjadi juru cakap SPRM bila melibatkan penyampian mesej memerangi rasuah dan juga rakan strategik sama ada melalui peruntukan kewangan dan prasarana lain dalam usaha mendidik masyarakat menentang jenayah rasuah dan meningkatkan tahap integriti.

Kaedah Pelaksanaan

Perlaksanaan keterlibatan berasaskan konsep ‘communicate,penetrate and mobilized’ (CPM).Kaedah CPM ini  memerlukan komitmen bersepadu daripada ‘key communicator/opinion leader’ di sektor swasta untuk bersama-sama SPRM memerangi rasuah dan menjadi ‘anti-corruption champion’ di dalam industri masing-masing.Kaedah perlaksanaan adalah berdasarkan kaedah berikut:

  • Program seminar/majlis penerangan;
  • Taklimat;
  • Perbincangan meja bulat;
  • Apa-apa program/aktiviti yang membolehkan maklumat yang tepat mengenai kebebasan, ketelusan dan profesionalisme SPRM serta pencegahan rasuah dapat disampaikan dengan berkesan; dan
  • Aktiviti pendidikan masyarakat yang dilaksanakan di dalam sektor swasta yang terdiri dari pelbagai kepakaran di mana ‘nature of business’ yang berisiko untuk ruang dan peluang berlakunya rasuah.

Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2015

  • Keterlibatan dan Majlis MACC Luncheon Talk Bersama Association of Islamic Bankers (AIBIM);
  • Keterlibatan bersama syarikat multinasional Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd ;
  • Keterlibatan bersama Real Estate and Housing Developers’ Association( REHDA);
  • Keterlibatan bersama Malaysian Employers Federation (MEF);
  • Keterilbatan bersama Malaysian Oil and Gas Services Council (MOGSC);
  • Keterlibatan bersama Association of Chinese Chambers of Commerce Malaysia (ACCCIM);dan
  • Keterlibatan bersama Association of American Chambers (AMCHAM).

 

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PkPj Mohd Nur Lokman bin Samingan 03-8891 1421
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
48
Minggu Ini
52
Bulan Ini
1045

Keseluruhan
3427656