Latar Belakang

Cawangan ini bertanggungjawab untuk mengelola program pendidikan pencegahan rasuah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Cawangan ini mempunyai modul ceramah tersendiri dalam menyampaikan taklimat kepada murid sekolah. Modul tersebut terbahagi kepada Modul Sekolah Rendah, Modul Sekolah Menengah Rendah dan Modul Sekolah Menengah Atas.

 

Objektif

Objektif penubuhan Cawangan Sekolah Rendah dan Menengah adalah seperti berikut;

  • Menerapkan nilai etika, integriti, pencegahan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di kalangan murid ;
  • Mendedahkan murid kepada program yang membentuk diri beretika, berintegriti dan pencegahan rasuah melalui aktiviti kemasyarakatan di dalam dan luar sekolah;
  • Melahirkan murid sebagai agen menyebarkan mesej-mesej integriti dan pencegahan rasuah kepada warga sekolah dan masyarakat setempat;
  • Meningkatkan kesedaran warga sekolah dan masyarakat setempat tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dan pencegahan rasuah dalam melaksanakan sebarang urusan harian;
  • Mewujudkan pusat rujukan ilmiah mengenai nilai-nilai etika, integriti, kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan; dan
  • Meningkatkan perkongsian pintar antara SPRM dan sekolah dalam usaha pencegahan rasuah.

 

Konsep

Mewujudkan saluran komunikasi antara SPRM dengan pihak Sekolah bagi meningkatkan usaha-usaha memerangi rasuah dan mendapatkan sokongan masyarakat

Nilai- nilai membenci rasuah ini perlu diterapkan dalam kalangan murid sejak kecil kerana sahsiah diri murid sekolah rendah dan menengah masih boleh dibentuk.

 

Kaedah Perlaksanaan

  • Satu taklimat mengenai kempen Wira Anti Rasuah (WAR) diberikan kepada guru
  • Pemberian kit integriti kepada ibu bapa, mengandungi buku kecil, pensel 2B & borang kajian berkenaan persepsi mereka kepada SPRM
  • Aktiviti susulan, lawatan ke SPRM, penjelasan lebih lanjut mengenai SPRM
  • Majlis Pelancaran Kempen WAR – Pengiktirafan WAR
  • Pengiktirafan Ketua WAR

 

Sekolah yang terlibat dengan SPRM dalam program WAR 2014

Cawangan Sekolah Rendah
Bil. Nama Sekolah
1 SJKC Ladang Harcroft, Puchong, Selangor
2 SJKC Pay Fong 1, Melaka
3 SJKC Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan
4 SJKC Yu Hua, Kajang, Selangor
5 SJKC Sin Min, Sungai Besar, Selangor
6 SJKC Union, Pulau Pinang
7 SJKC Foon Yew 5, Johor Bahru

Sekolah yang terlibat dengan SPRM dalam program WAR 2015

Cawangan Sekolah Rendah
Bil. Nama Sekolah
1 SK Malawa, Kota Kinabalu, Sabah
2 SK Bota Kiri, Perak
3 Sek Ren Sri Al-Amin, Bangi, Selangor
4 SK bandar Rinching, Semenyih
5 SJKC Chuen Min, Klang, Selangor
6 SJKC Chung Sin, Tanjung Malim, Perak
7 SJKT Subramaniaya Barathee, Gelugur, Pulau Pinang
8 SJKT Ladang Rinching, Semenyih, Selangor
Cawangan Sekolah Menengah
Bil. Nama Sekolah
1 SMK Presint 8, Putrajaya
2 SMK Tunku Putera, Baling, Kedah
3 SMK Precint 16 (1), Putrajaya
4 SMK Precint 14 (1), Putrajaya
5 SMK Keningau 1, Sabah
6 SMK Keningau 2, Sabah
7 SMK Gunsanad 1, Keningau, Sabah
8 SMK Gunsanad 2, Keningau, Sabah
9 MRSM Taiping, Perak
10 MRSM Alor Gajah, Melaka
11 MRSM Kuantan, Pahang
12 MRSM Batu Pahat, Johor

Sekolah yang terlibat dengan SPRM dalam program WAR 2016

Cawangan Sekolah Rendah
Bil. Nama Sekolah
1 SJKC Serdang Baru 2, Selangor
2 SK Convent, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
3 SJKC Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
4 SJKT Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
5 SK Kukusan, Tawau, Sabah
6 SJKC Yuk Chin, Tawau, Sabah
Cawangan Sekolah Menengah
Bil. Nama Sekolah
1 SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang
2 SM St Patrick, Tawau, Sabah
3 SMK Kuhara, Tawau, Sabah
4 Sabah Chinese School, Tawau, Sabah
5 Pei Hwa High School, Sg Mati, Ledang, Johor
6 MRSM Pendang, Kedah
7 MRSM Kuala Berang, Terengganu
8 MRSM Mersing, Johor

Sekolah yang terlibat dengan SPRM dalam program WAR 2017

Cawangan Sekolah Rendah
Bil. Nama Sekolah
1 SK. Dato Onn Jaafar, Subang Jaya (Sek.Wawasan)
2 SJKC. Tun Tan Cheng Lock, Subang Jaya (Sek.Wawasan)
3 SJKT. Tun Sambathan, Subang Jaya (Sek.Wawasan)
4 SK Encik Buyong, Kuching, Sarawak
5 SK. Greenroad, Kuching, Sarawak
6 SJKC Choong Hua No. 4, Kuching, Sarawak
Cawangan Sekolah Menengah
Bil. Nama Sekolah
1 Kolej Tingkatan 6, Shah Alam, Selangor
2 MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
3 MRSM Kuala Kubu Bahru, Selangor
4 MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
5 MRSM Merbok, Sungai Petani, Kedah
6 SMK St. Thomas, Kuching, Sarawak

 

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. Puan Wan Noraishah Wan Mohamad Isa (Pendidikan Rendah) 03-8891 1426
 2.  PsK Sivarasan A/L Kalidawson (Pendidikan Menengah) 03-8891 1438
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
62
Minggu Ini
216
Bulan Ini
993

Keseluruhan
3421587