Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC)

Latar belakang

  • Cawangan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah kepada agensi berkaitan kerajaan (Goverment Link Company (GLC))
  • Takrifan GLC ialah agensi yang mempunyai objektif komersial yang primer di mana Kerajaan Persekutuan/Negeri mempunyai pegangan secara langsung baik dari segi pelaburan ataupun mengawal kepentingan.

Objektif

 

  • Memberi kesedaran kepada GLC tentang impak rasuah dan peranan GLC untuk bersama mencegah dan memerangi rasuah
  • Melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah
  • Mendapat dan memelihara sokongan GLC dalam memerangi rasuah

 

Konsep

  • Mengadakan komunikasi dan juga engagement dengan pihak GLC melalui pelbagai kaedah bagi melaksanakan program-program pendidikan pencegahan rasuah untuk meningkatkan keyakinan masyarakat dan usaha-usaha memerangi rasuah.
  • Mewujudkan saluran komunikasi antara SPRM dan pihak GLC bagi meningkatkan usaha-usaha memerangi rasuah dan mendapatkan sokongan.
  • Menjadi pihak GLC sebagai key communicator menyampaikan mesej untuk memerangi rasuah dan juga strategic alliance sama ada melalui peruntukan kewangan dan prasarana lain dalam usaha mendidik masyarakat menentang jenayah rasuah dan meningkatkan integriti.

Kaedah Pelaksanaan

  • Merangka, melaksana dan menyelaras program-program pendidikan pencegahan rasuah seperti bengkel, seminar, ceramah, perbincangan dan sebagainya.
  • Merangka, melaksana dan menyelaras program-program pembangunan insan melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni dan etika kerja sebagai bentang ketahanan individu dari melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
  • Melaksanakan kerjasama bagi meningkatkan komitmen para pemimpin di sektor GLC untuk menerajui usaha memerangi rasuah di jabatan atau organisasi masing-masing.

 

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PPj Syamsul bin Osman 03-8891 1422