Cawangan Agensi & Kerajaan

Latar Belakang

Cawangan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah kepada jabatan kerajaan dan agensi.

 

Objektif

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan di jabatan kerajaan dan agensi tentang impak rasuah dan peranan jabatan kerajaan dan agensi bersama-sama dalam usaha pembanterasan rasuah;
  • Melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah; dan
  • Mendapat dan memelihara sokongan dari jabatan kerajaan dan agensi dalam memerangi rasuah.

 

Konsep

  • Mengadakan komunikasi  bersemuka dan keterlibatan (engagement) dengan pihak jabatan kerajaan dan Agensi melalui pelbagai kaedah bagi melaksanakan program-program pendidikan pencegahan rasuah untuk meningkatkan keyakinan masyarakat dan usaha-usaha memerangi rasuah;
  • Mewujudkan saluran komunikasi antara SPRM dengan Jabatan Kerajaan dan Agensi bagi meningkatkan usaha-usaha memerangi rasuah dan mendapatkan sokongan; dan
  • Menjadikan jabatan kerajaan dan agensi sebagai “Key Communicator” untuk menyampaikan mesej memerangi rasuah dan juga kesepakatan strategik (strategic alliance) sama ada melalui peruntukan kewangan dan prasarana lain dalam usaha mendidik masyarakat menentang jenayah rasuah dan meningkatkan integriti.

 

Kaedah Perlaksanaan 

  • Merangka, melaksanakan dan menyelaras program-program pendidikan pencegahan rasuah seperti bengkel, seminar, ceramah, perbincangan dan sebagainya;
  • Merangka, melaksana dan menyelaras program –program pembangunan insan melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni dan etika kerja sebagai bentang ketahanan individu dari melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan; dan
  • Melaksanakan kerjasama bagi meningkatkan komitmen para pemimpin di sektor Kerajaan dan Agensi untuk menerajui usaha memerangi rasuah di jabatan atau organisasi masing-masing.

 

Produk Cawangan Kerajaan & Agensi

  • Cawangan ini melaksanakan usaha pencegahan rasuah melalui Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR). PSPR adalah satu pelan strategi yang makro beteraskan prinsip  “Mencegah lebih baik daripada mengubati” (Prevention is better than cure) dan ia adalah usaha pencegahan rasuah secara bersepadu dan berkesan oleh organisasi itu sendiri melalui usaha dalaman yang sistematik dan berterusan .

 

Antara Jabatan Kerajaan & Agensi yang melaksanakan PSPR adalah seperti berikut:-

  • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Koperasi Dan Kepenggunaan
  • Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jabatan Imigresen Melaka
  • Majlis Perbandaran Kuantan
  • Majlis Perbandaran Shah Alam
  • Majlis Daerah Besut
  • Majlis Daerah Tampin
  • Lembaga Urus Air Selangor
  • Jabatan Kerja Raya Putrajaya
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
  • Majlis Daerah Cameron Highlands
  • Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands

 

Aktiviti PSPR yang dijalankan oleh Cawangan Kerajaan dan Agensi

  • APMM – Bengkel Pemurnian PSPR
  • JBP – Bengkel PSPR (Training-of-Trainers)
  • Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands – Bengkel PSPR
  • Majlis Daerah Rompin - Pemantauan Pelaksanaan PSPR
  • JTTS – Bengkel PSPR (Training-of-Trainers)

 

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PKPj Abu Talib bin Othman 03-8891 1415
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
49
Minggu Ini
131
Bulan Ini
782

Keseluruhan
3427393