ALOR SETAR, 11 Jan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Kedah merupakan agensi kerajaan yang pertama membuka tirai tahun ini dengan menzahirkan lafaz dan menandatangani IBR bagi membendung kegiatan rasuah di kalangan mereka hari ini.

Seramai 90 pegawai dan kakitangan KPDNHEP Negeri Kedah telah melafaz IBR yang diketuai oleh Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah, Encik Rae Morn Verak dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah.

Encik Rae Morn Verak menyatakan sokongan penuh kepada usaha SPRM bagi mencegah rasuah terutamanya dalam Negeri Kedah. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi simbolik menandatangani IBR.

TOP

Statistik Pelawat



Keseluruhan
3450439