KUCHING, 23 Nov - KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Datu Antonio Kahti Galis, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak di Pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik dan menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Satu sesi diskusi telah diadakan melibatkan SPRM Sarawak, Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan dan Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Sarawak berkaitan pelaksanaan program HARA 2020

Pengarah SPRM Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan baik daripada Datu Antonio Kahti Galis dan berharap hubungan baik ini dapat dikekalkan.

TOP

Statistik Pelawat



Keseluruhan
3450520