PUTRAJAYA, 18 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) mengambil inisiatif untuk lebih dekat bersama masyarakat dengan membuat edaran Kalendar Bermesej SPRM 2021 kepada penerima yang akan membantu mengagih-agihkan kepada orang awam termasuk para pesakit dan keluarga, pegawai perubatan, frontliners serta pengguna- pengguna MRT.
 
Edaran Kalendar Bermesej SPRM 2021 diedarkan kepada Dr. Fairoz Azlim Muslim, Timbalan Pengarah Pembedahan dan Tn Haji Ridzoni Sulaiman, Ketua Jabatan Dietitik dan Sajian yang mewakili Hospital Kuala Lumpur; Puan Nurina Mustaani Hamedon, Timbalan Pengarah, Unit Banci mewakili Jabatan Perangkaan Kuala Lumpur serta Encik Amin Fadzli, Eksekutif Khidmat Pelanggan mewakili Transit Aliran Deras (MRT Corporation).
 
Edaran kalendar SPRM kepada orang awam ini adalah untuk mengambil semangat berkongsi takwim sempena tahun baru yang turut diisi dengan poster mesej-mesej peringatan dan kesedaran. 
 
Mewakili PenMas ialah Puan Norizan Abu Samah, Ketua Seksyen Penerbitan, Puan Jamsharina Aini Marhaban dan K/PPs Mirza Marwan bin Che Zamilah@Jamil mewakili Cawangan Media Cetak.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
57
Minggu Ini
239
Bulan Ini
1320

Keseluruhan
3447684