NILAI, 12 Nov– Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM berjaya meraih Anugerah Emas dan Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2020 (InnoMEDC 2020). Anugerah Emas dimenangi melalui projek Kursus Integriti dan Rasuah di Institut Pengajian Tinggi, manakala Anugerah Perak dimenangi melalui projek Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR).

Program ini menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan dan pertukaran idea ke arah memperkasakan pendidikan di Malaysia.

Pertandingan inovasi diperkenalkan dalam MEDC 2020 bagi menggalakkan perkongsian inovasi pendidikan daripada pelbagai pakar. Sebanyak 76 penyertaan diterima oleh pihak penganjur. Sebanyak 22 projek memenangi Anugerah Emas, 25 projek memenangi Anugerah Perak dan 27 projek memenangi Anugerah Gangsa.

MEDC 2020 menyaksikan 145 kertas kerja dibentangkan secara atas talian. KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk ‘Pencegahan Rasuah ke arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia’ yang mana projek ini merangkul Anugerah Emas.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
57
Minggu Ini
239
Bulan Ini
1320

Keseluruhan
3447684