KUANTAN, 22 Okt – KPKPj Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang Kuantan pada tengahari tadi.

Topik utama yang dibincangkan berkenaan usahasama bagi meningkatkan budaya kerja berintegriti dan bebas rasuah di kalangan penjawat awam di Negeri Pahang dan perancangan pelaksanaan tadbir urus yang berkesan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat dalam sektor kerajaan termasuk mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah PPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pahang dan P/Ps Maizatul Idzwie Mat Ali, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat.