LANGKAWI, 8 Okt- Ps Izham Ibrahim, Ketua Cawangan SPRM Langkawi telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Mohammad Nurddin Ramli, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Langkawi bertempat di Tingkat 3 Bangunan KDN Langkawi.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Turut dibincangkan adalah tindakan yang boleh diambil dalam pementerasan rasuah yang melibatkan penagih dadah.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PPs Mohd Hakimi Azizan,PPs Ibrahim Mohamed Yusoff dan PPs Abel Avun Abot.