KOTA BHARU, 27 Sept- PKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Kelantan (MPKB).

Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama dua hala dalam usaha-usaha pencegahan dan membenteras jenayah rasuah serta mengenai isu-isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah di negeri Kelantan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Hj Mat Seman Mohd Nor, Bahagian Khidmat Pengurusan MPKB, PsK Tuan Mohd Saufi Ab Halim, Ketua Siasatan SPRM Kelantan dan Ps Norhafizi Md Ludin, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Kelantan.