PUTRAJAYA, 21 Sept - Lawatan bermaklumat daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan seramai 45 pegawai dan kakitangan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PsK Shuhaiza Mokhtar daripada bahagian PenMas.